Aku ada takbiat baru.. iaitu membeli belah online.. kenapa aku suka beli di online?? mari kita baca artikel di bawah :
7 Januari 2013
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara dalam talian (online) kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.
Hanya menggunakan internet, segala- galanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di negara kita, walaupun ia belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti sedang berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.
Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.
Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.
Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di negara kita.
Tip membeli-belah secara online 1. Kunjungi laman membeli-belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
SELAMAT MEMBELI BELAH...
EKIN BERCELOTEH
Sunday, January 20, 2013
Tuesday, January 15, 2013
DALAM SEJARAH
(En Hubby di ICU HTAR)
Pejam celik , pejam celik dah hampir setahun En Hubby kemalangan. Kemalangan berlaku pada 31.03.2012 pukul 11.00 malam di Puncak Alam , Selangor. Kemalangan terjadi akibat dilangar oleh pemandu mabuk... Ini lah akibat dari kecuaian orang lain., kita yang menjadi mangsa..
En Hubby masuk ICU beberapa hari.. sebelim dipindahkan di wad biasa... kaki dan tangan kiri patah dan paling teruk bahagian muka banyak tulang muka yang hancur dan patah.. satu demi satu operation dilakukan.. bermula dengan kaki... selang beberapa hari operation tangan kiri pula.. dan seminggu selepas itu operation muka pula... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku bila operation muka mengambil masa lebih dari 12 jam.. bermula pukul 12 tgh hari hinggalah 12 malam baru selesai.. selepas pembedahan En Hubby di masukkan semula ke ICU.. Isteri mana tak sedih bila tengok suami kita macam nie.. tapi syukur sangat pada Allah swt kerana beri kami kekuatan. En Hubby pun kuat semangat mengharungi segala dugaan yang di beriNya... Alhamdullilah sekarang En Hubby dah pun sihat.. dah boleh berjalan dan juga boleh bekerja.. walaupun En Hubby dah berhenti kerja dari tempat kerja dia yang lama tapi sekarang En Hubby dah mula buat bisnes jual TURBO ..
Dengan apa juga cobaan dan dugaan diberi kita haruslah memandang positive.. aku bersyukur sepanjang aku bercuti 8 bulan menjaga En Hubby.. kami dapat lebih masa bersama.. kalau tak.. dua-dua sibuk bekerja.. dan sekarang kami selalu ada masa kualiti bersama family... Semoga Allah memberkati kami sekeluarga.. Amin..
( kereta dalam kenangan... kereta kancil En Hubby semasa kejadian )
Saturday, January 5, 2013
Kenapa? Kenapa ? Kenapa
Adakah anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya? Kenapa gambar saya tak boleh di download? Adakah ada masalah teknikal?? hu.. hu..hu...
Thursday, January 3, 2013
SELAMAT TAHUN BARU 2013
Dah 3 hari berlalu , baru aku sempat nak ucapkan selamat tahun baru... kira ucapan dah basi kan... kapada semua kawan - kawan Sikin ucapkan semoga tahun 2013 ini kita akan lebih maju ke hadapan , berjaya dengan apa jua bidang yang kita ceburi dan kita bahagia bersama insan tersayang.. Amin..
Sunday, December 23, 2012
CUTI - CUTI KUALA LUMPUR
Friday, December 21, 2012
ACIK LANA
Dah seminggu lebih tak berblog.. Rindu... Nak buat macam mana. sibuk kerja. Kerja kena di utamakan. Hari ini ada lah masa sikit nak update apa yang patut. Hari ini sempat juga aku tambah 3 buah novel karya Acik Lana. Salah satu penulis era kini yang aku minati. Pada sesiapa yang masih tidak lagi baca buku - buka Acik Lana silalah ke blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/ untuk tahu novel - novel Acik Lana.
Yang kat atas ini pula.. Tajuk nya Perempuan Yang Paling Aku Cinta . Tiada di pasaran.. aku baru je order kat blog tadi. Sesiapa nak order pergi lah ke blog http://
Wednesday, December 12, 2012
AMIR SULAIMAN
Siapa AMIR SULAIMAN ini..?? Aku pun tak kenal dia... sehinggalah aku hadiri satu majlis semalam di Sutra Dance Theatre... itu pun atas jemputan dari kawan baik aku Emma Suhada.. Thanks Emma jemput Yong ke sana semalam.. Syok betul dapat saksikan persembahan dari Amir Sulaiman dan Brahim Fribgane ..
Amir Sulaiman menyampaikan puisi yang sangat indah dan menyusuk kalbu.. serta diiringi alunan muzik dari Brahim Fribgane... Pertama kali melihat persembahan mereka membuatkan aku terhayal seketika.. berapa mereka mencintai Allah swt.. berapa mereka mencintai Islam.. Mereka berdakwah cara mereka sendiri.... Mereka luahkan apa yang mereka rasa... dengan seni dan musik.... Aku kagum dengan mereka...
Subscribe to:
Posts (Atom)





