ADUHHHHH...Sakitnya kepala aku. Minggu nie dah saban hari sakit kepala menyerangi aku. Pernah satu hari aku terpaksa dibawa ke klinik berdekatan dirumah aku. Dah makan ubat tapi berkesannya hanya seketika. Rupa-rupanya baru aku tahu kenapa aku sakit kepala. Jawapannya kerana aku kurang tidur. Doktor juga kata bila kandungan aku mencecah 7 bulan, sakit kepala sering terjadi. Mungkin ini lah yang tengah aku lalui. Bersabar dan jalani hidup dengan sihat. Amin...