EKIN BERCELOTEH
Monday, December 10, 2012
SELAMAT PENGANTIN BARU KARTINA DAN AZWAN
Pada tanggal 9 dec 2012 terikatlah ikatan pernikahan sahabatku KARTINA BINTI MASSAKIRANG dengan kekasih hatinya MOHD AZWAN BIN AWANG AHMAD.. Terkilan rasa di hati tak dapat menghadirkan diri di saat detik bersejarah Kak Tina dan suaminya.. Apakan daya pernikahannya di langsungkan di Lahat Datu, Sabah.. nak kena seberang laut tu..
Kepada Kak Tina dan Azwan.. Yong doakan semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga hendaknya.. Semoga dapat anak yang ramai seperti kehandak Azwan.. he..he..he.. serta menjadi anak yang naik seperti Kak Tina.. Amin...
Insyaalah jika tiada halangan Yong dan Emma akan pergi mertandang ke majlis menyambut menantu di rumah Azwan pada 30 dec 2012 ( Ahad ) di Termeloh , Pahang..
*Siapa sangka kan , detik jodoh mereka bermula ketika mereka menjadi pengapit kepada rakan mereka satu masa dahulu.. Sekarang mereka pula yang di ampit di atas pelamin.. he..he..he..
*luahan rasa hatiku untuk Kak Tina :
Kak Tina.. kau lah sahabatku dunia dan akhirat.. susah senang kita bersama.. RM50 pernah berkongsi dua hingga cukup bulan.. makan nasi sebungkus , air sebotol dan cerita suka duka bersama.. Moga ikatan persahatan kita tidak akan terputus hingga ke nafas yang terakhir.. Doaku sentiasa mengiringi mu agar di kau bahagia bersama insan tersayang... love u so much Kak Tina...
KARYA ~ MA LEE CHUSWAN
INI ADALAH BUKU NOVEL KARYA MA LEE CHUSWAN YANG AKU MILIKI.. SESIAPA YANG NAK BACA SINOPSIS NYA.. SILA LAH KE BLOG AKU http://yongekinbercerita.blogspot.com/ YA..... SELAMAT MEMBACA..
Cemburu... Cemburu... Cemburu..
Hari ini aku terbuka blog http://jomsewabuku.blogspot.com/ . Terus terang aku katakan... Aku cemburu dengan rak buku kat rumah Kak Mina nie.. Aku selalu berangan nak ada rak buku macam tu.. dan ada beribu2 buku dalam rak tu... Emmmm.... Tak apa.. kita kumpul buku dulu.. sikit2 lama2 jadi bukit... Kak Mina pun ada blog masakan.. itu pun buat aku naik giler juga.. Seronok tengok masakan Kak Mina.. Rajin betul Kak Mina memasak.. Untung lah sesiapa duduk dengan Kak Mina.. Tiap2 hari dapat makan sedap.. Sesiapa ada masa pergi lah jengok ke Dari Dapur Mina http://daridapurmina.blogspot.com/...
Subscribe to:
Posts (Atom)