EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Sunday, January 20, 2013

Hobi Baru

Aku ada takbiat baru.. iaitu membeli belah online.. kenapa aku suka beli di online??  mari kita baca artikel di bawah :
 Wartawan Sinar Harian
7 Januari 2013

Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara dalam talian (online) kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.

Hanya menggunakan internet, segala- galanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di negara kita, walaupun ia belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti sedang berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.

Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.

Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.

Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di negara kita.

Tip membeli-belah secara online 1. Kunjungi laman membeli-belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.

SELAMAT MEMBELI BELAH...

2 comments:

  1. Ada certain barang boleh dibeli mudah secara online tapi ada juga yg kakak masih tak berapa confident.

    ReplyDelete
    Replies
    1. setakat nie hanya beli buku cerita dan pakaian je sikin beli online kak.. yang lain tu tak pernah lah pula... he..he..he..

      Delete