(En Hubby di ICU HTAR)
Pejam celik , pejam celik dah hampir setahun En Hubby kemalangan. Kemalangan berlaku pada 31.03.2012 pukul 11.00 malam di Puncak Alam , Selangor. Kemalangan terjadi akibat dilangar oleh pemandu mabuk... Ini lah akibat dari kecuaian orang lain., kita yang menjadi mangsa..
En Hubby masuk ICU beberapa hari.. sebelim dipindahkan di wad biasa... kaki dan tangan kiri patah dan paling teruk bahagian muka banyak tulang muka yang hancur dan patah.. satu demi satu operation dilakukan.. bermula dengan kaki... selang beberapa hari operation tangan kiri pula.. dan seminggu selepas itu operation muka pula... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku bila operation muka mengambil masa lebih dari 12 jam.. bermula pukul 12 tgh hari hinggalah 12 malam baru selesai.. selepas pembedahan En Hubby di masukkan semula ke ICU.. Isteri mana tak sedih bila tengok suami kita macam nie.. tapi syukur sangat pada Allah swt kerana beri kami kekuatan. En Hubby pun kuat semangat mengharungi segala dugaan yang di beriNya... Alhamdullilah sekarang En Hubby dah pun sihat.. dah boleh berjalan dan juga boleh bekerja.. walaupun En Hubby dah berhenti kerja dari tempat kerja dia yang lama tapi sekarang En Hubby dah mula buat bisnes jual TURBO ..
Dengan apa juga cobaan dan dugaan diberi kita haruslah memandang positive.. aku bersyukur sepanjang aku bercuti 8 bulan menjaga En Hubby.. kami dapat lebih masa bersama.. kalau tak.. dua-dua sibuk bekerja.. dan sekarang kami selalu ada masa kualiti bersama family... Semoga Allah memberkati kami sekeluarga.. Amin..
( kereta dalam kenangan... kereta kancil En Hubby semasa kejadian )