Hari ini.. en hubby nampak aku buka blog.. dia berkata.. "bila awak ada blog?". Aku pun jawab ... " dah lama dah ada.." pastu dia tanya lagi " kenapa awak buat blog ?" aku jawab " sebab saya nak baca blog orang lain je... " so, pada sesiapa yang tengok blog sikin nie macam tak bernyawa tu faham2 lah sekarang ya.. memang buat blog nie kerana nak baca dan nak terjah blog orang lain je.. ha..ha..ha...EKIN BERCELOTEH
Thursday, July 21, 2011
KENAPA???
Hari ini.. en hubby nampak aku buka blog.. dia berkata.. "bila awak ada blog?". Aku pun jawab ... " dah lama dah ada.." pastu dia tanya lagi " kenapa awak buat blog ?" aku jawab " sebab saya nak baca blog orang lain je... " so, pada sesiapa yang tengok blog sikin nie macam tak bernyawa tu faham2 lah sekarang ya.. memang buat blog nie kerana nak baca dan nak terjah blog orang lain je.. ha..ha..ha...Wednesday, June 29, 2011
Selamat hari lahir..
Tanggal 30.06.2011 Khamis.. genab lah usia aku 30 tahun.... ha..ha..ha.. bertambah lagi usia aku. Semperna ulang tahun kelahiran aku kali ini.. En Hubby dengan besar hati nya telah memberi aku hadiah bunga dan anak patung beruang yang telah aku beri nama "Lonjong". Kenapa aku beri nama Lonjong?? ini kerana 3 tahun yang lepas En Hubby telah bagi aku hadiah anak patung beruang juga tapi aku beri nama "GEMOK"... Walau pun 3 tahun lepas En Hubby beri aku bunga 12 kuntum tapi tahun ini 6 kuntum je... aku tetap bersyukur... dari pada tak ada kan.... sekurang kurang nya dapat juga aku renew kan bunga lama yang dah 3 tahun terperuk di office aku tu... saja aku tak buang sebab Sayang... siapa tak sayang kalau buah hati yang bagi kan... kepada En Hubby.. terima kasih banyak2.. Mummy sayang Daddy selamanya...
Friday, February 25, 2011
JELITA MAC 2011
Assalammualaikum..... hari ini aku rasa tak cukup 24 jam dalam hidup aku.. Seharian terkejar sana dan sini... Jam di bandar Kuala Lumpur membuat kan langkah aku terbantot... Geramnya.... tapi.... masa kaki ku melangkah di kedai majalah mamak .... mata aku terpandang Majalah Jelita muka depan Dato Siti Norhaliza.... emmmmmm..... terus tangan aku mencapai dan menyelak2 helaian demi helaian muka surat majalah itu... jeng...jeng..jeng... akhirnya aku jumpa apa yang dicari..... nak tahu apa dia...... ini dia.....
aku di halaman 142 dan 143... topik " mabuk berbelanja " . Walau pun aku aku tak terkenal macam Dato Siti tapi dalam diri aku ini ... aku bangga dengan pencapaian aku sekarang... tak salah kan kalau kita bangga dengan apa yang kita miliki.. bukan nak riak tapi kita mahu kongsi kegembiraan dengan insan lain... so, pada kawan dan kenalan. Belilah majalah Jelita Mac 2011..
Wednesday, January 19, 2011
Hari ini hari cuti...
Bergambar kenangan dengan pengantin
Sofiya bergaya di Pantai Nipah Pangkor
Bersama anak Mummy Apa nak jadi dengan blog aku nie.. macam tak hidup.. aku pun satu.. bukan nak update blog.. sibuk menjadi alasan... Hari ini 20.01.2011 Khamis... cuti semperna Thaipusam.. nak keluar rumah takut jalan jam... rumah pula berdekatan dengan Batu Caves... nasib..nasib.. pagi tadi bercita-cita nak kemas rumah tapi sampai sekarang satu kerja pun tak usik lagi.. kanapa lah malas sangat nak kemas rumah hari ini... Anak aku Sofiya yang dah berusia 11 bulan telah aku hantar di rumah pengasuh... ingat kan bila Sofiya dah hantar di rumah pengasuh senang lah nak kemas rumah tampa di ganggu tapi lain pula jadinya... bila dah mula buka TV.... malas pun menjelma... tapi aku tekat lepas siapkan blog nie aku akan mula mengemas rumah..... he..he..he.. harap-harap semangat nie masih kukuh di hati...
Akhir tahun lepas dan tahun baru aku dan suami serta Sofiya bercuti ke Pangkor dan balik kampung di Perak.. Cuti-cuti Malaysia.. Rasa seronok sangat dapat bercuti bersama keluarga... Dah menjadi satu kemestian untuk aku dan suami untuk bercuti setiap tahun... bagus untuk tenangkan fikiran dan mengeratkan hubungan suami isteri... kadang kala kami akan bercuti dekat-dekat je.. ke air terjun Ulu Yam pun jadi lah untuk mengisi percutian di hujung minggu , yang penting kami akan ada aktiviti bersama keluarga... Aku sayang keluarga aku..
Pada bulan Feb hari tu, kawan sekolah rendah aku SKTCS iaitu Leen telah selamat di ijab kabulkan... apa yang paling aku gembira ada lah semasa menghadiri majlis kendurinya.. Aku dapat jumpa ramai kawan sekolah rendah yang lebih 18 tahun tak berjumpa.. Paling terharu ramai kawan yang masih mengenali aku.. Ye lah aku hanya sekolah rendah di sana tapi sekolah menengah di tempat lain... Lagi pun , masa sekolah rendah aku budak pendiam dah kurang menyerlah tapi siapa sangka rupanya ramai yang mengenali dan mengingati aku lagi... Ada yang kagum dengan kerjayaan aku sekarang... Meraka pun kelihatan cantik dan matang.. ada yang dah berkahwin dan ada yang masih solo.. Kawan- kawan... aku rindukan kamu semua... Paling aku rindu kawan ku Salmah
ok lah.. aku tamat kan celoteh aku untuk masa ini.. lain kali kita berjumpa lagi.. sekarang ini masa untuk mengemas rumah.... cayok..cayok....
Tuesday, November 9, 2010
Anakku Sofiya dah 8 bulan


Pejam celik.. pejam celik.. tak sangka dah berumur 8 bulan anakku Sofiya... sekarang dah makin bijak m'gacau Mummy dan Daddy dia... Happy dapat melihat pembesaran Sofiya.. sekarang Sofiya dah pandai nak imbang kan diri untuk belajar berdiri dan dia sedikit lewat tumbuh gigi.. Gigi bawah dah tumbuh dua batang.. habis semua benda nak di kokaknya... Sofiya... Sofiya... Mummy sayang Sofiya..
Sunday, May 30, 2010
KONSERT MELODI CINTA ROSSA

Dah lama juga aku tak keluar hiburkan hati dan senangkan diri sendiri sejak kelahiran Sofiya....
Syukur ada kenalan yang baik hati bagi aku tiket free ke Konsert Rossa di Bukit Jalil.. syok giler dan suara Rossa memang best... Rossa buat persembahan macam bidadari... tubuhnya lemah gemalai sambil menyayikan lagunya yang merdu dan lantang... Apa pun.... aku pergi coz dapat tiket free... itu yang penting... thanks Farah... Bagi tiket free kat kak sikin
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)



