EKIN BERCELOTEH
Sunday, March 24, 2013
MALANG TAK BERBAU
Malang tak berbau sungguh.. hari Sabtu 23.3.13 En Hubby terlangar kereta seseorang berdekatan Jalan Perkeliling KL.. jalan jem... nasib baik kereta yang dia langgar tu tak ada apa2.. sikit calar pun tidak.. al maklumlah kereta mahal.. (volkswagen suv).. maka tiadalah laporan polis yang dilakukan.. kereta dah pun di hantar ke bengkel... kita repair lah apa yang patut... kereta je yang tercedera.. manusia semua selamat.. Alhamdullilah...
Wednesday, March 20, 2013
SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! ~ ZURA ASYFAR DI SLOT ZEHRA
Tak lama lagi akan bersiaranlah SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! di tv3 slot ZEHRA ... dan watak utamanya di lakonkan oleh Tiz Zaqyah ( Syafa Aqira) & Izzue Islam ( Firash Arshad) ..
tak sabar nak tunggu tayangannya pada hujung bulan ini.. sama2 kita saksikan sama ada cerita ini akan meletop seperti Adam Dan Hawa tak?
Kepada sesiapa yang tak baca buku nie lagi.. sikin nasihatkan cepat2 beli dan baca.. takut nanti buku nie akan habis di pasaran.. sikin boleh katakan buku nie 5 bintang.. dan tak jemu- jemu membacanya..harap drama di tv akan semenarik seperti cerita di buku .. selamat membaca dan selamat menonton..
DARI BELAKANG KULIT BUKU:
Cinta pertama tidak
semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama.
Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah
dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila
Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang
terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?
Seronok melayan kisah perkahwinan yang tak dirancang. Bersuamikan seorang lelaki yang muda 4 tahun tapi kematangan terselah dilakarkan oleh penulis Zura Asyfar.. Sebuah cerita yang tak membosankan... selamat membaca...

Wednesday, March 6, 2013
SELAMAT HARI LAHIR ANAK MUMMY
SELAMAT HARI LAHIR SOFIYA... 12.2.2013 HARI TU GENABLAH UMUR SOFIYA 3 TAHUN... DI SEBABKAN KEKANGAN MASA .. MAKA BARU SEKARANG LAH MUMMY SEMPAT NAK POS DALAM BLOG.. HE..HE..HE.. SUKA SOFIYA DAPAT BANYAK HADIAH...
Sunday, February 3, 2013
BUKU .. NOVEL.. BUKU.. NOVEL.. BUKU.. NOVEL..
Kalau perempuan lain tertunggu - tunggu jualan murah atau mega sele.. aku pula tiap tahun akan tunggu pesta buku dan karnival buku.. Ini adalah hasil tangkapan aku semasa Pesta buku di PWTC Khamis lalu dan juga di Karnival Karangkraf di Shah Alam Jumaat lalu. Lebih 40 novel aku beli dan beberapa buku Agama , motivasi dan majalah . Tak lupa juga beberapa buah buku untuk anak daraku Sofiya... Naik gila kejab bila nampak banyak sangat buku nak di beli tapi bila fikirkan semula.. tak nak lah membazir... Paling kelakar baru hari ini aku bawa buku - buku ini masuk ke rumah sebab nak sorok dari En Hubby.. Nanti dia bising aku beli banyak buku sebab rak buku dah tak muat.. he..he..he.. tak sabar nak baca buku - buku tu semua..
Monday, January 28, 2013
SOFIYA DAN BISKUT WARNA WARNI
Suka betul Sofiya makan biskut yang macam bentuk ais krim berwarna warni nie. Sebenarnya apa yang paling aku happy bukan sebab Sofiya makan biskut tu tapi disebabkan biskut itu lah baru aku sedar yang Sofiya dan mengenal nama warna... Semalam Sofiya nak bagi aku makan biskut tu.. tapi aku tak kan makan biskut tu kecuali warna hijau sahaja.. so, aku cakap lah pada Sofiya yang mummy nak warna hijau je.. lepas itu Sofiya pun cari lah warna hijau dan bagi pada aku... siap di suapnya dalam mulut mummy... soronoknya mummy sofiya nie.. aku cuba uji Sofiya lagi.. kali ni aku minta Sofiya cari warna kuning pula.. dan sekali lagi Sofiya berjaya memilah warna yang betul... pandai anak mummy... dulu rasa Sofiya baby je lagi tapi aku lupa lagi 16 hari Sofiya nak masuk 3 tahun... sekejab je masa berlalu kan... Mummy Sofiya masih tgh pening nak buat kat mana birthday Sofiya tahun nie..
Sunday, January 20, 2013
Hobi Baru
Aku ada takbiat baru.. iaitu membeli belah online.. kenapa aku suka beli di online?? mari kita baca artikel di bawah :
Wartawan Sinar Harian
7 Januari 2013
Sesuai dengan perubahan gaya hidup yang semakin sibuk, kaedah membeli secara dalam talian (online) kini semakin mendapat tempat. Malah, ia menjadi satu cara mudah untuk berbelanja dan mendapatkan barang keperluan tanpa perlu panjang di kaunter atau bersesak- sesak di pusat membeli-belah.
Hanya menggunakan internet, segala- galanya di hujung jari. Di negara maju, pembelian melalui internet sudah lama diamalkan. Di negara kita, walaupun ia belum begitu rancak tetapi menunjukkan tanda-tanda positif dan pasti sedang berkembang apabila masyarakat, khususnya golongan wanita yang mempunyai kuasa beli yang tinggi semakin mengenali kaedah pembelian secara maya ini.
Online shopping adalah satu cara untuk membeli dengan mudah dan pantas. Anda berpeluang mendapat barangan edisi terhad atau yang tidak dijual di negara ini, jika bernasib baik mungkin dapat membeli sesuatu yang diminati pada harga lebih murah berbanding.
Kelebihan membeli di internet pengguna berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa tidak kira siang, malam atau tengah malam. Anda tidak perlu terkejar-kejar, berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, mengelilingi kompleks membeli- belah untuk mencari barang keperluan dan beratur panjang di kaunter pembayaran.
Melalui internet juga anda dapat mencari barangan yang berkualiti pada harga berpatutan lebih murah. Anda juga boleh membeli model barangan berjenama yang tidak dijual di negara kita.
Tip membeli-belah secara online 1. Kunjungi laman membeli-belah di internet
2. Cari dan pilih barangan.
3. Pilih cara pembayaran dan masukkan data yang diminta.
4. Jawapan sama ada pembelian anda berjaya atau tidak akan dimaklumkan di laman yang sama
5. Jika berjaya, jangan lupa mencetak dan menyimpan setiap dokumen yang berkaitan dengan pembelian anda. Ia boleh menjadi rujukan jika berlaku masalah ketika proses penghantaran. Anda juga memerlukan dokumen ini jika ada kerosakan sebaik barangan tiba ke tangan anda.
6. Kad kredit paling mudah dan selamat. Bagaimanapun, jangan dedahkan nombor keselamatan sosial untuk mengelakkan identiti anda dicuri.
SELAMAT MEMBELI BELAH...

Tuesday, January 15, 2013
DALAM SEJARAH
(En Hubby di ICU HTAR)
Pejam celik , pejam celik dah hampir setahun En Hubby kemalangan. Kemalangan berlaku pada 31.03.2012 pukul 11.00 malam di Puncak Alam , Selangor. Kemalangan terjadi akibat dilangar oleh pemandu mabuk... Ini lah akibat dari kecuaian orang lain., kita yang menjadi mangsa..
En Hubby masuk ICU beberapa hari.. sebelim dipindahkan di wad biasa... kaki dan tangan kiri patah dan paling teruk bahagian muka banyak tulang muka yang hancur dan patah.. satu demi satu operation dilakukan.. bermula dengan kaki... selang beberapa hari operation tangan kiri pula.. dan seminggu selepas itu operation muka pula... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku bila operation muka mengambil masa lebih dari 12 jam.. bermula pukul 12 tgh hari hinggalah 12 malam baru selesai.. selepas pembedahan En Hubby di masukkan semula ke ICU.. Isteri mana tak sedih bila tengok suami kita macam nie.. tapi syukur sangat pada Allah swt kerana beri kami kekuatan. En Hubby pun kuat semangat mengharungi segala dugaan yang di beriNya... Alhamdullilah sekarang En Hubby dah pun sihat.. dah boleh berjalan dan juga boleh bekerja.. walaupun En Hubby dah berhenti kerja dari tempat kerja dia yang lama tapi sekarang En Hubby dah mula buat bisnes jual TURBO ..
Dengan apa juga cobaan dan dugaan diberi kita haruslah memandang positive.. aku bersyukur sepanjang aku bercuti 8 bulan menjaga En Hubby.. kami dapat lebih masa bersama.. kalau tak.. dua-dua sibuk bekerja.. dan sekarang kami selalu ada masa kualiti bersama family... Semoga Allah memberkati kami sekeluarga.. Amin..
( kereta dalam kenangan... kereta kancil En Hubby semasa kejadian )
Subscribe to:
Posts (Atom)