EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Sunday, December 23, 2012

CUTI - CUTI KUALA LUMPUR

 
 
Hari minggu, aku bercuti dengan anak dara aku di Hotel Intercontinental... Jauhnya tempat aku bercutikan.. : ) sedangkan umah aku dengan hotel tu sekakang kera je.. 30 km je.. macam lah tak ada tempat lain nak pergi kan.. tapi nak buat macam mana.. memandangkan en hubby pergi ke Johor ada K-CAR GATHERING  .. maka kami 2 beranak nie pun.. membawa diri bercuti di sana.. syok sakan lah Sofiya pagi petang berkubang di kolam renang... apa pun aku dan Sofiya happy di sana.. tapi kalau ada en hubby tentu lagi seronok kan.. kan..kan... he..he..he..

Friday, December 21, 2012

ACIK LANA



Dah seminggu lebih tak berblog.. Rindu... Nak buat macam mana. sibuk kerja. Kerja kena di utamakan. Hari ini ada lah masa sikit nak update apa yang patut. Hari ini sempat juga aku tambah 3 buah novel karya Acik Lana. Salah satu penulis era kini yang aku minati. Pada sesiapa yang masih tidak lagi baca buku - buka Acik Lana silalah ke blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/ untuk tahu novel - novel Acik Lana.




Yang kat atas ini pula.. Tajuk nya Perempuan Yang Paling Aku Cinta . Tiada di pasaran.. aku baru je order kat blog tadi. Sesiapa nak order pergi lah ke blog http://aciklananovel.blogspot.com/.... Tak sabar nak tunggu buku ini... bulan Jan 2013 baru dapat he..he..he.. tak lama tu lagi beberapa minggu je..

Wednesday, December 12, 2012

AMIR SULAIMAN


Siapa AMIR SULAIMAN ini..?? Aku pun tak kenal dia... sehinggalah aku hadiri satu majlis semalam di Sutra Dance Theatre... itu pun atas jemputan dari kawan baik aku Emma Suhada.. Thanks Emma jemput Yong ke sana semalam.. Syok betul dapat saksikan persembahan dari Amir Sulaiman dan Brahim Fribgane ..

Amir Sulaiman menyampaikan puisi yang sangat indah dan menyusuk kalbu.. serta diiringi alunan muzik dari  Brahim Fribgane... Pertama kali melihat persembahan mereka membuatkan aku terhayal seketika.. berapa mereka mencintai Allah swt.. berapa mereka mencintai Islam.. Mereka berdakwah cara mereka sendiri.... Mereka luahkan apa yang mereka rasa... dengan seni dan musik.... Aku kagum dengan mereka...



 
 
 


Monday, December 10, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KARTINA DAN AZWAN


Pada tanggal 9 dec 2012 terikatlah ikatan pernikahan sahabatku KARTINA  BINTI MASSAKIRANG dengan kekasih hatinya MOHD AZWAN BIN AWANG AHMAD.. Terkilan rasa di hati tak dapat menghadirkan diri di saat detik bersejarah Kak Tina dan suaminya.. Apakan daya pernikahannya di langsungkan di Lahat Datu, Sabah.. nak kena seberang laut tu..

Kepada Kak Tina dan Azwan.. Yong doakan semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga hendaknya.. Semoga dapat anak yang ramai seperti kehandak Azwan.. he..he..he.. serta menjadi anak yang naik seperti Kak Tina..  Amin...

Insyaalah jika tiada halangan Yong dan Emma akan pergi mertandang ke majlis menyambut menantu di rumah Azwan pada 30 dec 2012 ( Ahad ) di Termeloh , Pahang..

*Siapa sangka kan , detik jodoh mereka bermula ketika mereka menjadi pengapit kepada rakan mereka satu masa dahulu.. Sekarang mereka pula yang di ampit di atas pelamin.. he..he..he..

*luahan rasa hatiku untuk Kak Tina :
Kak Tina.. kau lah sahabatku dunia dan akhirat.. susah senang kita bersama.. RM50 pernah berkongsi dua hingga cukup bulan.. makan nasi sebungkus , air sebotol dan cerita suka duka bersama.. Moga ikatan persahatan kita tidak akan terputus hingga ke nafas yang terakhir.. Doaku sentiasa mengiringi mu agar di kau bahagia bersama insan tersayang... love u so much Kak Tina...




KARYA ~ MA LEE CHUSWAN


INI ADALAH BUKU NOVEL KARYA MA LEE CHUSWAN YANG AKU MILIKI.. SESIAPA YANG NAK BACA SINOPSIS NYA.. SILA LAH KE BLOG AKU http://yongekinbercerita.blogspot.com/ YA..... SELAMAT MEMBACA..

Cemburu... Cemburu... Cemburu..

Hari ini aku terbuka blog  http://jomsewabuku.blogspot.com/  . Terus terang aku katakan... Aku cemburu dengan rak buku kat rumah Kak Mina nie.. Aku selalu berangan nak ada rak buku macam tu.. dan ada beribu2 buku dalam rak tu... Emmmm.... Tak apa.. kita kumpul buku dulu.. sikit2 lama2 jadi bukit... Kak Mina pun ada blog masakan.. itu pun buat aku naik giler juga.. Seronok tengok masakan Kak Mina.. Rajin betul Kak Mina memasak.. Untung lah sesiapa duduk dengan Kak Mina.. Tiap2 hari dapat makan sedap.. Sesiapa ada masa pergi lah jengok ke Dari Dapur Mina   http://daridapurmina.blogspot.com/...

Sunday, December 9, 2012

SITI ROSMIZAH

Semalam dan hari ini aku dah tulis 5 buah tajuk buku Siti Rosmizah... kepada peminat2 cerita Siti Rosmizah boleh lah baca sinopsis buku-buku itu. Di antara tajuk buku nya ialah Lafazkan Kalimah Cintamu , 7 hari mencintaiku dan lain-lain lagi.. sila ke blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/  untuk mengetahui tajuk- tajuk dan sinopsisnya..

Tuesday, December 4, 2012

CITA - CITA TERBARU

 

Hemmm... Selalu aku terfikir apa nak aku lakukan untuk blog aku yang sentiasa kosong.. teringin juga nak rasa blog ini terisi dengan sesuatu pengisian . Aku juga nak rasa blog aku dikunjungi oleh orang lain , walaupun hanya seorang. he.. he..he.. besar betul cita-cita aku nie. Ok..aku dah dapat idea , apa yang akan aku lakukan dengan blog aku yang kosong ini. Aku akan letakkan semua kisah buku novel yang aku dah beli tahun ini dan ada beberapa buku lama yang masih dalam simpanan aku. Buku lama tu aku sempat selamatkan dari kampung.. kalau tak buku novel tu dah jadi abu.. mak aku sesuka hati nak membakarnya.. hemmm.... ok .. kita tengok berjaya atau tidak aku lakukan perubahan di blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/