Couple=cinta? Saya kata tidak.
Bicara cinta kita kali ini. Sebab baru timbul di Official Page saya soalan berkenaan ‘apakah ada couple sebelum berkahwin?’. Saya jawab lah tak ada. Kemudian dia tanya ‘apakah ada cinta sebelum berkahwin?’. Saya kata ada. Dia pelik. “Macam mana bercinta tapi tak bercouple?”
Saya pula naik hairan. Cinta dengan couple tu, sama ke? Nak bercinta, wajib couple ke? Kiranya, kalau tak couple tu, tandanya tak ada cinta la? Begitu kah?
Patutlah bila saya kata bercinta sebelum kahwin boleh, orang ramai marah sebab dia kata: “No cinta b4 nikah” la, “Cinta sebelum nikah haram” la dan sebagainya. Sebab apa? Dia nampak cinta=couple dan sewaktu dengannya.
Saya nampak couple tu jauh letaknya di barat, dan cinta tu letaknya jauh di bahagian timur. Dua benda yang berlainan. Cinta boleh dijalankan tanpa couple. Couple pun, kalau orang nak, boleh jalan tanpa cinta.
Apa itu cinta
Saya tak ambil definisi cinta ini dari kamus dewan bahasa atau mana-mana sumber. Saya bina definisi cinta saya sendiri, dari kefahaman dan padangaan yang saya perhatikan selama ini.
Definisi cinta saya mudah. Apa itu cinta? Cinta adalah apabila kita hendak masuk syurga bersama-sama dengan orang yang kita kata pada dia – Saya cintakan awak. Benda ni boleh apply dengan semua jenis orang. Kekasih kah, isteri kah, anak-anak kah, ibu-bapa kah, adik-beradik kah, sahabat handai, saudara mara, jiran tetangga, dan sebagainya. Semua la pendek kata.
Jadi, kalau kita melakukan sesuatu yang mengeluarkan kita dari jalan ke syurga Allah SWT, itu tandanya telah hilang cinta kita kepada orang yang kita kata - saya cintakan awak.
Cinta, terkandung di dalamnya makna sayang dan kasih. Jadi saya tidak nampak seseorang yang melempar seseorang yang lain ke dalam api, atau bawa orang lain terjun ke gaung bersama dengannya itu, adalah seorang Pencinta, seorang Penyayang atau seorag Pengasih.
Jadi, kalau couple itu dilarang oleh Allah SWT, zina hati itu dilarang oleh Allah SWT, dan kosnya adalah kemurkaan Allah SWT, boleh mengheret ke neraka Allah SWT, apakah si pengajak kepada perlakuan itu, atau si pelaku kepada perlakuan itu, dinamakan saling kasih mengasihi, sayang menyayangi dan cinta mencintai?
Lempar ke dalam api dikatakan sayang? Ah... kalau anda berpendapat demikian, tak mengapalah.
Yang saya kata bercinta sebelum kahwin
Cinta itu perasaan. Kita sebenarnya tidak tahu bagaimana cinta itu boleh muncul. Lain orang lain cara kemunculannya. Ada yang terjumpa sekali dah ‘tercinta’. Ada yang sebab kerja sama-sama, ‘tercinta’. Ada yang sebab dengar dari kawan-kawan si fulan/si fulanah itu baik, maka ‘jatuh cinta’ dan sebagainya.
Pendek kata, jatuh cinta ini bukan boleh kawal. Jadi, macam mana kita boleh letakkan hukum haram kepada sesuatu yang bersifat ‘auto’? Atau bahasanya yang sebenar adalah ‘fitrah’.
Islam haramkan seks kah? Tidak. Sebab? Sebab seks adalah fitrah.
Islam haramkan kita makan dan minumkah? Tidak. Sebab? Sebab makan minum adalah fitrah.
Tetapi apa yang Islam buat? Yang Islam buat adalah Islam lorongkan semua benda itu. Seks adalah dengan perkahwinan. Makan minum adalah makan minum yang halal.
Cinta? Saya tidak pernah dengar lagi dalam nas Al-Quran atau Hadith sohih yang menyatakan perasaan cinta itu perlu ada hanya sebelum kahwin. Kalau ada, sila tunjuk pada saya. Saya mahu belajar.
Maka apa yang saya maksudkan dengan ‘bercinta sebelum kahwin’ adalah, usaha-usaha kita untuk berkahwin dengan seseorang itu, itu adalah namanya ‘cinta sebelum kahwin’. Saya bukan kata email, sms, call, dating, couple, itu adalah ‘bercinta sebelum kahwin’. Tidak dan tidak sama sekali.
Tetapi, kita kembali kepada definisi cinta yang saya nyatakan.
Hendak masuk syurga bersamanya.
Maka, bercinta sebelum berkahwin dengannya adalah dengan kita mempertingkatkan diri sebelum menerjah ke alam perkahwinan. Itu bercintalah.
Apakah dengan itu ‘haram berhubung langsung’?
Tidak. Bila sudah bertunang, sudah mendapat pengiktirafan ibu bapa, maka berhubunglah dengan sepatutnya. Ta’aruf. Ziarah. Bincang fasal perkahwinan. Merancang. Dan sebagainya. Dan semestinya semua itu, perlu kepada pemerhatian keluarga atau penjaga. Sebab itu, digalakkan waktu pertunangan itu pendek-pendek sahaja, agar tidak berpanjangan pula perkara-perkara yang diberikan kelonggaran ini, dan tidak terlalu teruji pula perhubungan tersebut. ^^
Untuk saya, itulah namanya ‘bercinta sebelum berkahwin’.
Siapa kata tiada? ^^
Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”
Pernah dengar ayat macam ini?
Ini saya namakan sebagai Mazhab Tawakkal Buta Dalam Cinta.
Kenapa saya namakan tawakkal buta? Sebab saya tahu Allah pun tak ajar demikian rupa. ^^
Kalau suka, patutnya bagitahulah(semestinya dengan persediaan. Bukan main bagitahu sahaja. Tengoklah diri tu juga. Kalau main bagitahu sahaja, itu dah masuk dalam bab Cinta Buta). Kemudian, siapa la pandai-pandai ajar kalau bagitahu nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya ni?
Baiklah. Saya bagi contoh buka laci. Macam mana anda mahu buka laci? Anda berdoa sahaja, atau anda usaha buka laci sambil tawakkal bahawa Allahlah yang bantu anda buka laci itu?
Satu lagi. Exam. Macam mana kita mahu cemerlang dalam exam? Berdoa sahaja, luahkan pada Allah bahawa kita tak pandai sahaja, atau kita kena belajar sungguh-sungguh, dan masa exam kena gerakkan otak dan pen untuk jawab exam? Mana satu?
USAHA.
Usaha kena ada. Itu sunnatullah. Maka bagaimana di dalam CINTA kita boleh kata:
“Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah. Allah maha tahu jodoh kita siapa.”??????
Kalau macam itu, saya pun boleh kata, janganlah study. Doa sahaja pada Allah. Allah Maha Tahu Kita Cemerlang Atau Tidak. Bagaimana? Suka?
Jadi janganlah ambil Mazhab Tawakkal Buta ini. Baik dalam exam, mahupun dalam BERCINTA.
Kalau suka, bincanglah dengan ibu bapa. Cakap kat ibu bapa, saya suka si fulan, saya suka si fulanah. Preparekanlah diri. Buatlah background check. Kemudian muhasabah kembali ibadah. Kemudian kalau berkeyakinan, sila masuk melamar. Merisik. Dan sebagainya.
At least kita pun tahu kalau dia tak suka kita, tak berkenan dengan kita. Boleh cari yang lain.
Kalau pendam sahaja buat apa?
Silap hari bulan dia suka kat kita, sebab main pendam, terlepas.
Silap hari bulan dia tak suka kat kita, sebab main pendam, tup-tup dah lama sangat pendam perasaan, syok sangat-sangat, sekali kena tolak. Kecewa. Bertahun dah bazirkan hidup suka dia.
Sebab itu, usaha itu kena ada. Langkah itu perlu diambil.
Tawakkal Buta?
Jangan sekali.
Penutup: Terang lagi bersuluh, couple dengan cinta tak sama
Saya sentiasa kata pada diri saya, cinta itu mahal, suci, bersih. Jadi, takkan saya nak nodai dengan perkara-perkara yang mengotorkannya(kemurkaan Allah)? Di situ sahaja kita sudah boleh buat garisan membezakan cinta dan couple.
Jadi, tak ada masalah ya kalau bercinta tanpa couple. Masih cinta. Bersih pula.
Cinta sebelum kahwin ada.
Dan.... Siapa kata couple=cinta?
Boleh tukar definisi tu semula. ^^
~ seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com
http://www.facebook.com/pages/Hilal-AsyrafOfficial/245964752094643
EKIN BERCELOTEH
Sunday, November 27, 2011
Wednesday, August 24, 2011
Thursday, July 21, 2011
KENAPA???
Hari ini.. en hubby nampak aku buka blog.. dia berkata.. "bila awak ada blog?". Aku pun jawab ... " dah lama dah ada.." pastu dia tanya lagi " kenapa awak buat blog ?" aku jawab " sebab saya nak baca blog orang lain je... " so, pada sesiapa yang tengok blog sikin nie macam tak bernyawa tu faham2 lah sekarang ya.. memang buat blog nie kerana nak baca dan nak terjah blog orang lain je.. ha..ha..ha...
Wednesday, June 29, 2011
Selamat hari lahir..
Tanggal 30.06.2011 Khamis.. genab lah usia aku 30 tahun.... ha..ha..ha.. bertambah lagi usia aku. Semperna ulang tahun kelahiran aku kali ini.. En Hubby dengan besar hati nya telah memberi aku hadiah bunga dan anak patung beruang yang telah aku beri nama "Lonjong". Kenapa aku beri nama Lonjong?? ini kerana 3 tahun yang lepas En Hubby telah bagi aku hadiah anak patung beruang juga tapi aku beri nama "GEMOK"... Walau pun 3 tahun lepas En Hubby beri aku bunga 12 kuntum tapi tahun ini 6 kuntum je... aku tetap bersyukur... dari pada tak ada kan.... sekurang kurang nya dapat juga aku renew kan bunga lama yang dah 3 tahun terperuk di office aku tu... saja aku tak buang sebab Sayang... siapa tak sayang kalau buah hati yang bagi kan... kepada En Hubby.. terima kasih banyak2.. Mummy sayang Daddy selamanya...
Friday, February 25, 2011
JELITA MAC 2011
Assalammualaikum..... hari ini aku rasa tak cukup 24 jam dalam hidup aku.. Seharian terkejar sana dan sini... Jam di bandar Kuala Lumpur membuat kan langkah aku terbantot... Geramnya.... tapi.... masa kaki ku melangkah di kedai majalah mamak .... mata aku terpandang Majalah Jelita muka depan Dato Siti Norhaliza.... emmmmmm..... terus tangan aku mencapai dan menyelak2 helaian demi helaian muka surat majalah itu... jeng...jeng..jeng... akhirnya aku jumpa apa yang dicari..... nak tahu apa dia...... ini dia.....
aku di halaman 142 dan 143... topik " mabuk berbelanja " . Walau pun aku aku tak terkenal macam Dato Siti tapi dalam diri aku ini ... aku bangga dengan pencapaian aku sekarang... tak salah kan kalau kita bangga dengan apa yang kita miliki.. bukan nak riak tapi kita mahu kongsi kegembiraan dengan insan lain... so, pada kawan dan kenalan. Belilah majalah Jelita Mac 2011..
Wednesday, January 19, 2011
Hari ini hari cuti...
Bergambar kenangan dengan pengantin
Sofiya bergaya di Pantai Nipah Pangkor
Bersama anak Mummy
Apa nak jadi dengan blog aku nie.. macam tak hidup.. aku pun satu.. bukan nak update blog.. sibuk menjadi alasan... Hari ini 20.01.2011 Khamis... cuti semperna Thaipusam.. nak keluar rumah takut jalan jam... rumah pula berdekatan dengan Batu Caves... nasib..nasib.. pagi tadi bercita-cita nak kemas rumah tapi sampai sekarang satu kerja pun tak usik lagi.. kanapa lah malas sangat nak kemas rumah hari ini... Anak aku Sofiya yang dah berusia 11 bulan telah aku hantar di rumah pengasuh... ingat kan bila Sofiya dah hantar di rumah pengasuh senang lah nak kemas rumah tampa di ganggu tapi lain pula jadinya... bila dah mula buka TV.... malas pun menjelma... tapi aku tekat lepas siapkan blog nie aku akan mula mengemas rumah..... he..he..he.. harap-harap semangat nie masih kukuh di hati...
Akhir tahun lepas dan tahun baru aku dan suami serta Sofiya bercuti ke Pangkor dan balik kampung di Perak.. Cuti-cuti Malaysia.. Rasa seronok sangat dapat bercuti bersama keluarga... Dah menjadi satu kemestian untuk aku dan suami untuk bercuti setiap tahun... bagus untuk tenangkan fikiran dan mengeratkan hubungan suami isteri... kadang kala kami akan bercuti dekat-dekat je.. ke air terjun Ulu Yam pun jadi lah untuk mengisi percutian di hujung minggu , yang penting kami akan ada aktiviti bersama keluarga... Aku sayang keluarga aku..
Pada bulan Feb hari tu, kawan sekolah rendah aku SKTCS iaitu Leen telah selamat di ijab kabulkan... apa yang paling aku gembira ada lah semasa menghadiri majlis kendurinya.. Aku dapat jumpa ramai kawan sekolah rendah yang lebih 18 tahun tak berjumpa.. Paling terharu ramai kawan yang masih mengenali aku.. Ye lah aku hanya sekolah rendah di sana tapi sekolah menengah di tempat lain... Lagi pun , masa sekolah rendah aku budak pendiam dah kurang menyerlah tapi siapa sangka rupanya ramai yang mengenali dan mengingati aku lagi... Ada yang kagum dengan kerjayaan aku sekarang... Meraka pun kelihatan cantik dan matang.. ada yang dah berkahwin dan ada yang masih solo.. Kawan- kawan... aku rindukan kamu semua... Paling aku rindu kawan ku Salmah
ok lah.. aku tamat kan celoteh aku untuk masa ini.. lain kali kita berjumpa lagi.. sekarang ini masa untuk mengemas rumah.... cayok..cayok....
Subscribe to:
Posts (Atom)