EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Tuesday, January 15, 2013

DALAM SEJARAH

(En Hubby di ICU HTAR)
 
Pejam celik , pejam celik dah hampir setahun En Hubby kemalangan. Kemalangan berlaku pada 31.03.2012 pukul 11.00 malam di Puncak Alam , Selangor. Kemalangan terjadi  akibat dilangar oleh pemandu mabuk... Ini lah akibat dari kecuaian orang lain., kita yang menjadi mangsa..
En Hubby masuk ICU beberapa hari.. sebelim dipindahkan di wad biasa... kaki dan tangan kiri patah dan paling teruk bahagian muka banyak tulang muka yang hancur dan patah.. satu demi satu operation dilakukan.. bermula dengan kaki... selang beberapa hari operation tangan kiri pula.. dan seminggu selepas itu operation muka pula... hanya Allah sahaja yang tahu perasaan aku bila operation muka mengambil masa lebih dari 12 jam.. bermula pukul 12 tgh hari hinggalah 12 malam baru selesai.. selepas pembedahan En Hubby di masukkan semula ke ICU.. Isteri mana tak sedih bila tengok suami kita macam nie.. tapi syukur sangat pada Allah swt kerana beri kami kekuatan. En Hubby pun kuat semangat mengharungi segala dugaan yang di beriNya... Alhamdullilah sekarang En Hubby dah pun sihat.. dah boleh berjalan dan juga boleh bekerja.. walaupun En Hubby dah berhenti kerja dari tempat kerja dia yang lama tapi sekarang En Hubby dah mula buat bisnes jual TURBO ..
Dengan apa juga cobaan dan dugaan diberi kita haruslah memandang positive.. aku bersyukur sepanjang aku bercuti 8 bulan menjaga En Hubby.. kami dapat lebih masa bersama.. kalau tak.. dua-dua sibuk bekerja.. dan sekarang kami selalu ada masa kualiti bersama family...  Semoga Allah memberkati kami sekeluarga.. Amin..
 
 
 
( kereta dalam kenangan... kereta kancil En Hubby semasa kejadian )
 
 

Saturday, January 5, 2013

Kenapa? Kenapa ? Kenapa

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya? Kenapa gambar saya tak boleh di download? Adakah ada masalah teknikal?? hu.. hu..hu...

Thursday, January 3, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Dah 3 hari berlalu ,  baru aku sempat nak ucapkan selamat tahun baru... kira ucapan dah basi kan... kapada semua kawan - kawan Sikin ucapkan semoga tahun 2013 ini kita akan lebih maju ke hadapan , berjaya dengan apa jua bidang yang kita ceburi dan kita bahagia bersama insan tersayang.. Amin..

Sunday, December 23, 2012

CUTI - CUTI KUALA LUMPUR

 
 
Hari minggu, aku bercuti dengan anak dara aku di Hotel Intercontinental... Jauhnya tempat aku bercutikan.. : ) sedangkan umah aku dengan hotel tu sekakang kera je.. 30 km je.. macam lah tak ada tempat lain nak pergi kan.. tapi nak buat macam mana.. memandangkan en hubby pergi ke Johor ada K-CAR GATHERING  .. maka kami 2 beranak nie pun.. membawa diri bercuti di sana.. syok sakan lah Sofiya pagi petang berkubang di kolam renang... apa pun aku dan Sofiya happy di sana.. tapi kalau ada en hubby tentu lagi seronok kan.. kan..kan... he..he..he..

Friday, December 21, 2012

ACIK LANA



Dah seminggu lebih tak berblog.. Rindu... Nak buat macam mana. sibuk kerja. Kerja kena di utamakan. Hari ini ada lah masa sikit nak update apa yang patut. Hari ini sempat juga aku tambah 3 buah novel karya Acik Lana. Salah satu penulis era kini yang aku minati. Pada sesiapa yang masih tidak lagi baca buku - buka Acik Lana silalah ke blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/ untuk tahu novel - novel Acik Lana.




Yang kat atas ini pula.. Tajuk nya Perempuan Yang Paling Aku Cinta . Tiada di pasaran.. aku baru je order kat blog tadi. Sesiapa nak order pergi lah ke blog http://aciklananovel.blogspot.com/.... Tak sabar nak tunggu buku ini... bulan Jan 2013 baru dapat he..he..he.. tak lama tu lagi beberapa minggu je..

Wednesday, December 12, 2012

AMIR SULAIMAN


Siapa AMIR SULAIMAN ini..?? Aku pun tak kenal dia... sehinggalah aku hadiri satu majlis semalam di Sutra Dance Theatre... itu pun atas jemputan dari kawan baik aku Emma Suhada.. Thanks Emma jemput Yong ke sana semalam.. Syok betul dapat saksikan persembahan dari Amir Sulaiman dan Brahim Fribgane ..

Amir Sulaiman menyampaikan puisi yang sangat indah dan menyusuk kalbu.. serta diiringi alunan muzik dari  Brahim Fribgane... Pertama kali melihat persembahan mereka membuatkan aku terhayal seketika.. berapa mereka mencintai Allah swt.. berapa mereka mencintai Islam.. Mereka berdakwah cara mereka sendiri.... Mereka luahkan apa yang mereka rasa... dengan seni dan musik.... Aku kagum dengan mereka...



 
 
 


Monday, December 10, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KARTINA DAN AZWAN


Pada tanggal 9 dec 2012 terikatlah ikatan pernikahan sahabatku KARTINA  BINTI MASSAKIRANG dengan kekasih hatinya MOHD AZWAN BIN AWANG AHMAD.. Terkilan rasa di hati tak dapat menghadirkan diri di saat detik bersejarah Kak Tina dan suaminya.. Apakan daya pernikahannya di langsungkan di Lahat Datu, Sabah.. nak kena seberang laut tu..

Kepada Kak Tina dan Azwan.. Yong doakan semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga hendaknya.. Semoga dapat anak yang ramai seperti kehandak Azwan.. he..he..he.. serta menjadi anak yang naik seperti Kak Tina..  Amin...

Insyaalah jika tiada halangan Yong dan Emma akan pergi mertandang ke majlis menyambut menantu di rumah Azwan pada 30 dec 2012 ( Ahad ) di Termeloh , Pahang..

*Siapa sangka kan , detik jodoh mereka bermula ketika mereka menjadi pengapit kepada rakan mereka satu masa dahulu.. Sekarang mereka pula yang di ampit di atas pelamin.. he..he..he..

*luahan rasa hatiku untuk Kak Tina :
Kak Tina.. kau lah sahabatku dunia dan akhirat.. susah senang kita bersama.. RM50 pernah berkongsi dua hingga cukup bulan.. makan nasi sebungkus , air sebotol dan cerita suka duka bersama.. Moga ikatan persahatan kita tidak akan terputus hingga ke nafas yang terakhir.. Doaku sentiasa mengiringi mu agar di kau bahagia bersama insan tersayang... love u so much Kak Tina...