EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Saturday, January 5, 2013

Kenapa? Kenapa ? Kenapa

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama seperti saya? Kenapa gambar saya tak boleh di download? Adakah ada masalah teknikal?? hu.. hu..hu...

Thursday, January 3, 2013

SELAMAT TAHUN BARU 2013

Dah 3 hari berlalu ,  baru aku sempat nak ucapkan selamat tahun baru... kira ucapan dah basi kan... kapada semua kawan - kawan Sikin ucapkan semoga tahun 2013 ini kita akan lebih maju ke hadapan , berjaya dengan apa jua bidang yang kita ceburi dan kita bahagia bersama insan tersayang.. Amin..

Sunday, December 23, 2012

CUTI - CUTI KUALA LUMPUR

 
 
Hari minggu, aku bercuti dengan anak dara aku di Hotel Intercontinental... Jauhnya tempat aku bercutikan.. : ) sedangkan umah aku dengan hotel tu sekakang kera je.. 30 km je.. macam lah tak ada tempat lain nak pergi kan.. tapi nak buat macam mana.. memandangkan en hubby pergi ke Johor ada K-CAR GATHERING  .. maka kami 2 beranak nie pun.. membawa diri bercuti di sana.. syok sakan lah Sofiya pagi petang berkubang di kolam renang... apa pun aku dan Sofiya happy di sana.. tapi kalau ada en hubby tentu lagi seronok kan.. kan..kan... he..he..he..

Friday, December 21, 2012

ACIK LANA



Dah seminggu lebih tak berblog.. Rindu... Nak buat macam mana. sibuk kerja. Kerja kena di utamakan. Hari ini ada lah masa sikit nak update apa yang patut. Hari ini sempat juga aku tambah 3 buah novel karya Acik Lana. Salah satu penulis era kini yang aku minati. Pada sesiapa yang masih tidak lagi baca buku - buka Acik Lana silalah ke blog http://yongekinbercerita.blogspot.com/ untuk tahu novel - novel Acik Lana.




Yang kat atas ini pula.. Tajuk nya Perempuan Yang Paling Aku Cinta . Tiada di pasaran.. aku baru je order kat blog tadi. Sesiapa nak order pergi lah ke blog http://aciklananovel.blogspot.com/.... Tak sabar nak tunggu buku ini... bulan Jan 2013 baru dapat he..he..he.. tak lama tu lagi beberapa minggu je..

Wednesday, December 12, 2012

AMIR SULAIMAN


Siapa AMIR SULAIMAN ini..?? Aku pun tak kenal dia... sehinggalah aku hadiri satu majlis semalam di Sutra Dance Theatre... itu pun atas jemputan dari kawan baik aku Emma Suhada.. Thanks Emma jemput Yong ke sana semalam.. Syok betul dapat saksikan persembahan dari Amir Sulaiman dan Brahim Fribgane ..

Amir Sulaiman menyampaikan puisi yang sangat indah dan menyusuk kalbu.. serta diiringi alunan muzik dari  Brahim Fribgane... Pertama kali melihat persembahan mereka membuatkan aku terhayal seketika.. berapa mereka mencintai Allah swt.. berapa mereka mencintai Islam.. Mereka berdakwah cara mereka sendiri.... Mereka luahkan apa yang mereka rasa... dengan seni dan musik.... Aku kagum dengan mereka...



 
 
 


Monday, December 10, 2012

SELAMAT PENGANTIN BARU KARTINA DAN AZWAN


Pada tanggal 9 dec 2012 terikatlah ikatan pernikahan sahabatku KARTINA  BINTI MASSAKIRANG dengan kekasih hatinya MOHD AZWAN BIN AWANG AHMAD.. Terkilan rasa di hati tak dapat menghadirkan diri di saat detik bersejarah Kak Tina dan suaminya.. Apakan daya pernikahannya di langsungkan di Lahat Datu, Sabah.. nak kena seberang laut tu..

Kepada Kak Tina dan Azwan.. Yong doakan semoga ikatan ini akan berkekalan hingga ke akhir hayat dan ke syurga hendaknya.. Semoga dapat anak yang ramai seperti kehandak Azwan.. he..he..he.. serta menjadi anak yang naik seperti Kak Tina..  Amin...

Insyaalah jika tiada halangan Yong dan Emma akan pergi mertandang ke majlis menyambut menantu di rumah Azwan pada 30 dec 2012 ( Ahad ) di Termeloh , Pahang..

*Siapa sangka kan , detik jodoh mereka bermula ketika mereka menjadi pengapit kepada rakan mereka satu masa dahulu.. Sekarang mereka pula yang di ampit di atas pelamin.. he..he..he..

*luahan rasa hatiku untuk Kak Tina :
Kak Tina.. kau lah sahabatku dunia dan akhirat.. susah senang kita bersama.. RM50 pernah berkongsi dua hingga cukup bulan.. makan nasi sebungkus , air sebotol dan cerita suka duka bersama.. Moga ikatan persahatan kita tidak akan terputus hingga ke nafas yang terakhir.. Doaku sentiasa mengiringi mu agar di kau bahagia bersama insan tersayang... love u so much Kak Tina...




KARYA ~ MA LEE CHUSWAN


INI ADALAH BUKU NOVEL KARYA MA LEE CHUSWAN YANG AKU MILIKI.. SESIAPA YANG NAK BACA SINOPSIS NYA.. SILA LAH KE BLOG AKU http://yongekinbercerita.blogspot.com/ YA..... SELAMAT MEMBACA..