Banyak yang kami borak kan. Tentang kerja, tentang masa depan, tentang kerjaya, keluarga, dan macam2 lagi lah.... aku mengharapkan kesihatan aku bertambah baik... kerja di office banyak yg sedang menanti....
EKIN BERCELOTEH
Tuesday, September 1, 2009
Minum Petang.....
Banyak yang kami borak kan. Tentang kerja, tentang masa depan, tentang kerjaya, keluarga, dan macam2 lagi lah.... aku mengharapkan kesihatan aku bertambah baik... kerja di office banyak yg sedang menanti....
HARI YANG INDAH DI CHERATING
15&16/8/2009 aku dan suami akhirnya dapat juga bercuti setelah sekian lama merancang utk bercuti... Paling best kerana kami pergi bersama keluarga mertua aku serta rakan sekerja aku... hampir 40 orang ke sana..
Paling indah di sana kerana aku dapat rehatkan diri... Suka aku kata kan tak lama lagi aku akan bakal menjadi Mummy... kini usia kandungan aku telah mencecah hampir 4 bulan...
Awal kehamilan aku mengalami alahan teruk.... Syukur sekarang dah semakin baik.. kerana itu lah aku dah lama tak menulis di blog....
Aku mendoakan kandungan ini akan selamat di lahirkan dan menjadi anak yang soleh dan solehah.... Amin...
Wednesday, June 10, 2009
KENDURI KAHWIN... OH! KENDURI KAHWIN

Dua minggu cuti sekolah.... mula lah kenduri sana... kenduri sini... dan masa nie lah aku stat buat hobi baru iaitu..... kumpul kad kahwin dan bunga telur.... dan banyak juga rakan2 blog yg mula bercerita tentang topik yang sama.... Aku tertarik dgn blog BASUH BAJU (kisah kenduri kahwin kampung). Betul kata dia ... sekarang nie memang susah nak tengok gotong royong semasa kenduri kahwin.... yang banyak sekarang nie adalah katering.... Aku nie bukannya tak suka gunakan hikmat katering nie.. tapi dah banyak kali bila aku pergi majlis kenduri yang guna katering nie.... awal2 lagi makanan dah habis.. aku datang bukanlah nak makan sangat tapi hanya nak penuhi jemputan tuan rumah je. Dulu2 tu adalah jugak aku simpan perut utk makan kenduri kahwin nie... tapi sejak dah banyak kali terkena kelaparan... aku dah standby isi perut awal2... he..he..he.. Tapi, yang paling kesian ialah tuan rumah.... susah hati bila makanan tak cukup.... kira nasib badanlah... malu dgn tetamu tak payah cakap lah.... Tuhan je yang tahu..
Aku nak kongsi satu cerita.... kenangan aku pergi satu majlis kenduri baru2 nie.. kenduri kahwin kawan sekerja aku.. aku dan kawan2 yg lain tiba di rumah pengantin pukul 2.00 ptg... tak sempat nak tengok pengantin bersanding kerana terlewat datang... tetamu pun aku tengok dah berkurangan... Pelik lah jugak... akut kami datang pukul 2 ptg dah kira lewat sangat... selalunya ramai lagi tetamu pada waktu macam tu... rupa2nya baru lah kami tahu bahawa makanan dah habis.....patut lah tetamu cepat balik.... kelang kabut tuan rumah pergi kedai beli makanan lain... bising keluarga pengantin bila tukang katering tak sediakan makanan yang cukup seperti yang di janjikan... paling sedihnya.. bila katering tu blah macam tu je... tak bertanggungjawab langsung.. aku dan kawan2 yang lain dapat jugak lah makan tapi bukan lah nasi minyak akan tetapi makanan yang di bungkus di gerai makanan oleh tuan rumah... oleh kerana kami semua nie lapar... sampai bertambah2 lah kami makan... boleh di katakan makanan gerai tu lebih sedap dari nasi minyak yang sediakan oleh katering tu... lepas makan kami pun mintak diri kat tuan rumah.... Apa yang istimewa kat rumah kawan aku nie adalah selain dapat bunga telur, gula2,kueh bahulu... di dalam bag 'poncotnya' ada surah yasin..... yang tak penah aku dapat kat tempat lain....
Friday, May 22, 2009
DETIK SEJARAH PERTAMA KALI PERJALANAN KTM
Jam di dinding dah tunjuk pukul 1.58 am.. mata aku tak boleh lelep lg.. tiba2 je teringat kat mak di kampung.... rasa nak balik Perak je.... tapi yang pasti aku lebih terkenangkan peristiwa aku balik kpg bulan lepas... Kisahnya bermula di sini..... pagi pukul 11.00am di hari Sabtu... mak telipon aku dan bagi tahu adik aku Ida dah pun selamat lahirkan anak lelaki seberat 3.9kg (besarnya....) di hospital Taiping... (adik aku kerja di Taiping.. sebagai jururawat) aku pun hapi lah dapat anak saudara baru... mak kata "tak nak datang ke Taiping ke ? jumpa anak saudara baru?" aku jawab " klu nak ke Taiping.. tak lah kot... tapi klu Ida dah balik pekan Kampar (Pekan Kampar,Perak tempat tinggal mak dan keluarga aku sekarang) mungkin Yong boleh balik. Lagipun klu dari KL nak ke Taiping agak jauh jugak." pastu mak aku kata tak apa lah... bila Ida dah balik Kampar mak akan bagi tahu.... terkilan jgk lah tak dapat tengok anak saudara baru... Pukul 4.45 pm. mak call dan bagi tahu adik aku dah boleh keluar hospital dan akan balik terus ke Pekan Kampar.. bila dgr je... adik aku dah keluar hospital,aku pun teruja lah nak balik ke Perak...
So, langkah pertama aku tell suami aku dan bagi tahu aku nak balik Perak.. suami aku izin kan aku balik seorang diri... memandang kan aku nak balik seorang je.... aku ambil keputusan utk balik naik kereta api sahaja... untuk pengetahuan anda semua.. ini lah kali pertama aku balik kpg naik KTM... Pukul 5.00pm. Aku call KTM dan tanya pukul berapa perjalanan dari KL ke Pekan Kampar... cust service tu bagi tahu perjalanan paling awal adalah pukul 5.55pm dari KL sentral... bila aku dgr je... tak sampai sejam kereta api akan bertolak... aku pun kelang kabut capai bag tangan aku dan terus dapat kan teksi utk ke KL Sentral... aku tak sempat nak saling baju pun... lg pun aku baru je lepas mandi.... aku tinggal di Jinjang KL... nasib aku sangat baik kerana aku tak payah tggu lama utk dapat kan teksi... sampai je di perhentian teksi... teksi memang dah ada depan mata... masa tu dah pukul 5.25pm... aku tanya pada pemandu teksi... boleh tak dia sampai KL Sentral sebelum pukul 5.55 pm. pemandu india tu kata BOLEH.... memang benar kata dia... tak sampai 15 minit dia dah sampai kat KL Sentral. Tiba di KL Sentral pukul 5.35pm... lagi 20minit kereta api nak bertolak.... aku tengok meter teksi dan tertera RM8.80.. aku buka dompet dan lihat hanya ada 2 keping RM50 sahaja... aku hulurkan pada pemandu teksi tu sekeping RM50... dia kata tak ada duit tukar... aku dah lah nak cepat... dia pulak buat hal... aku pun berlari tukar kan duit di salah satu kaunter kat KL Sentral.. lepas tukar duit aku pun berlari semula ke teksi tu dan hulurkan RM10... utk jimat kan masa... aku suruh dia simpan je baki tambang aku tu.. baru selangkah je aku nak masuk pintu KL Sentral.. tiba2 lah pulak kasut aku putus.... aku malas nak fikir panjang.. aku tanggal kan kedua2 belah kasut aku dan aku berkaki ayam di tengah2 KL Sentral... aku berlari tampa perdulikan sekeliling yg memandang pada aku.... lantak lah orang nak kata apa... aku pergi ke kedai kasut dan aku nampak ada kasut jualan murah RM10... aku capai kasut tu dan terus pakai... ngam2 saiz 4... saiz kaki aku lah tu... aku hulur kan RM10 pada jurujual dan terus berlari mencari kaunter tiket... jam di tangan dah tunjuk pukul 5.49pm... ada 6 minit je lagi..... aku berdoa agar Allah S.w.t kuatkan semangat aku.... dalam hati berkata..." Ya Allah.... andai benar Kau ingin temukan aku bersama keluarga ku .. permudahkan lah aku dalam perjalanan ini... amin... " sampai di kaunter tiket aku kena ambil no giliran pulak lah.... aku ingat boleh terus beli je... mcm beli tiket komuter.. tapi nasib aku baik kerana no giliran aku sangat cepat... masa nak beli tiket.. penjual tiket tanya aku nak ke mana? aku kata nak ke Kampar,Perak.. Dia kata dah tak sempat nak beli dah.. kerana kereta api dah nak jalan sangat.... aku kata tak apa... bagi je tiket tu dan aku tahu lah nak buat mcm mana... lepas bayar tiket berharga RM16... aku berlari mencari kereta api utk ke Ipoh.... turun je tangga.... aku dgr seorang lelaki menjerit... IPOH.... IPOH... IPOH... ha!!!!!! itu dia SHUTTLE TRAIN ke Ipoh... aku tunjuk kan tiket aku pada lelaki tu dan terus masuk ke perut train... tak sempat aku duduk.... train pun berjalan menuju ke IPOH,PERAK... aku mencari kerusi aku dan aku duduk melepaskan lelah yang masin berbasi.... aku bersyukur kerana sempat naik KERETA API TANAH MELAYU.... aku tersenyum sendirian.... pengalaman ini tak mungkin akan aku lupakan sampai bila2... detik sejarah pertama kali perjalanan KTM....
Aku selamat tiba di Pekan Kampar pukul 8.00pm... Alhamdullilah...... segalanya selamat... Dapat jugak aku lihat anak saudara aku yang baru tu.... Namanya Amir Asraff..
Sunday, May 17, 2009
SIAPAKAH JUARA AF7?
Wednesday, May 6, 2009
NOVEL NAJWA AIMAN

DUA2 BUKU NIE SIKIN DAH HABIS BACA... BUKU NIE SIKIN BELI MASA PESTA BUKU PWTC HARI TU... SIAP ADA TANDATANGAN NAJWA AIMAN LAGI TU....
BUKU DANUR KASIH ... SIKIN DAH BACA MASA UMUR 20 THN... BEST CERITANYA.... TABAHNYA SEORANG GADIS MENGHARUNGI PERJALANAN HIDUPNYA... SAPE YANG TAK BACA BUKU NIE LG.... PERGI CARI DAN BACA.....
BUKU ANTARA KAU DAN DIA ...
BUKU NIE najwa aiman KATA BERAT NAK FAHAM.... TAPI TAK SAMPAI SEHARI SIKIN DAH HABIS BACA.... BEST JUGA CERITA NIE..... CERITA YANG MEMANG ADA TERJADI DI ALAM REALITI... NAK TAHU APA CERITANYA... BACA LAH SENDIRI......
Tuesday, March 31, 2009
BABY SYIKIN 4 BULAN
Subscribe to:
Posts (Atom)
