Jam di dinding dah tunjuk pukul 1.58 am.. mata aku tak boleh lelep lg.. tiba2 je teringat kat mak di kampung.... rasa nak balik Perak je.... tapi yang pasti aku lebih terkenangkan peristiwa aku balik kpg bulan lepas...
Kisahnya bermula di sini..... pagi pukul 11.00am di hari Sabtu... mak telipon aku dan bagi tahu adik aku Ida dah pun selamat lahirkan anak lelaki seberat 3.9kg (besarnya....) di hospital Taiping... (adik aku kerja di Taiping.. sebagai jururawat) aku pun hapi lah dapat anak saudara baru... mak kata "tak nak datang ke Taiping ke ? jumpa anak saudara baru?" aku jawab " klu nak ke Taiping.. tak lah kot... tapi klu Ida dah balik pekan Kampar (Pekan Kampar,Perak tempat tinggal mak dan keluarga aku sekarang) mungkin Yong boleh balik. Lagipun klu dari KL nak ke Taiping agak jauh jugak." pastu mak aku kata tak apa lah... bila Ida dah balik Kampar mak akan bagi tahu.... terkilan jgk lah tak dapat tengok anak saudara baru... Pukul 4.45 pm. mak call dan bagi tahu adik aku dah boleh keluar hospital dan akan balik terus ke Pekan Kampar.. bila dgr je... adik aku dah keluar hospital,aku pun teruja lah nak balik ke Perak...
So, langkah pertama aku tell suami aku dan bagi tahu aku nak balik Perak.. suami aku izin kan aku balik seorang diri... memandang kan aku nak balik seorang je.... aku ambil keputusan utk balik naik kereta api sahaja... untuk pengetahuan anda semua.. ini lah kali pertama aku balik kpg naik KTM... Pukul 5.00pm. Aku call KTM dan tanya pukul berapa perjalanan dari KL ke Pekan Kampar... cust service tu bagi tahu perjalanan paling awal adalah pukul 5.55pm dari KL sentral... bila aku dgr je... tak sampai sejam kereta api akan bertolak... aku pun kelang kabut capai bag tangan aku dan terus dapat kan teksi utk ke KL Sentral... aku tak sempat nak saling baju pun... lg pun aku baru je lepas mandi.... aku tinggal di Jinjang KL... nasib aku sangat baik kerana aku tak payah tggu lama utk dapat kan teksi... sampai je di perhentian teksi... teksi memang dah ada depan mata... masa tu dah pukul 5.25pm... aku tanya pada pemandu teksi... boleh tak dia sampai KL Sentral sebelum pukul 5.55 pm. pemandu india tu kata BOLEH.... memang benar kata dia... tak sampai 15 minit dia dah sampai kat KL Sentral. Tiba di KL Sentral pukul 5.35pm... lagi 20minit kereta api nak bertolak.... aku tengok meter teksi dan tertera RM8.80.. aku buka dompet dan lihat hanya ada 2 keping RM50 sahaja... aku hulurkan pada pemandu teksi tu sekeping RM50... dia kata tak ada duit tukar... aku dah lah nak cepat... dia pulak buat hal... aku pun berlari tukar kan duit di salah satu kaunter kat KL Sentral.. lepas tukar duit aku pun berlari semula ke teksi tu dan hulurkan RM10... utk jimat kan masa... aku suruh dia simpan je baki tambang aku tu.. baru selangkah je aku nak masuk pintu KL Sentral.. tiba2 lah pulak kasut aku putus.... aku malas nak fikir panjang.. aku tanggal kan kedua2 belah kasut aku dan aku berkaki ayam di tengah2 KL Sentral... aku berlari tampa perdulikan sekeliling yg memandang pada aku.... lantak lah orang nak kata apa... aku pergi ke kedai kasut dan aku nampak ada kasut jualan murah RM10... aku capai kasut tu dan terus pakai... ngam2 saiz 4... saiz kaki aku lah tu... aku hulur kan RM10 pada jurujual dan terus berlari mencari kaunter tiket... jam di tangan dah tunjuk pukul 5.49pm... ada 6 minit je lagi..... aku berdoa agar Allah S.w.t kuatkan semangat aku.... dalam hati berkata..." Ya Allah.... andai benar Kau ingin temukan aku bersama keluarga ku .. permudahkan lah aku dalam perjalanan ini... amin... " sampai di kaunter tiket aku kena ambil no giliran pulak lah.... aku ingat boleh terus beli je... mcm beli tiket komuter.. tapi nasib aku baik kerana no giliran aku sangat cepat... masa nak beli tiket.. penjual tiket tanya aku nak ke mana? aku kata nak ke Kampar,Perak.. Dia kata dah tak sempat nak beli dah.. kerana kereta api dah nak jalan sangat.... aku kata tak apa... bagi je tiket tu dan aku tahu lah nak buat mcm mana... lepas bayar tiket berharga RM16... aku berlari mencari kereta api utk ke Ipoh.... turun je tangga.... aku dgr seorang lelaki menjerit... IPOH.... IPOH... IPOH... ha!!!!!! itu dia SHUTTLE TRAIN ke Ipoh... aku tunjuk kan tiket aku pada lelaki tu dan terus masuk ke perut train... tak sempat aku duduk.... train pun berjalan menuju ke IPOH,PERAK... aku mencari kerusi aku dan aku duduk melepaskan lelah yang masin berbasi.... aku bersyukur kerana sempat naik KERETA API TANAH MELAYU.... aku tersenyum sendirian.... pengalaman ini tak mungkin akan aku lupakan sampai bila2... detik sejarah pertama kali perjalanan KTM....
Aku selamat tiba di Pekan Kampar pukul 8.00pm... Alhamdullilah...... segalanya selamat... Dapat jugak aku lihat anak saudara aku yang baru tu.... Namanya Amir Asraff..
Salam Ekin..
ReplyDeletesungguh pelbagai rasa ada dalam cerita...suka membaca..
alhamdulillah..
kamu sihat kah??
sikin sihat srisufi
ReplyDeletewah.. bess cerita ni.. secukup rase.. Mmm.. pnah buat tag kn? eus ade tag tuk ekin.. nnt wat yer..
ReplyDeletesaya doakan semoga Ida pulak dapat anak saudara baru tahun depan! anak yong!
ReplyDeletetahniah dapat anak sedara :?)
ReplyDelete