Dua minggu cuti sekolah.... mula lah kenduri sana... kenduri sini... dan masa nie lah aku stat buat hobi baru iaitu..... kumpul kad kahwin dan bunga telur.... dan banyak juga rakan2 blog yg mula bercerita tentang topik yang sama.... Aku tertarik dgn blog BASUH BAJU (kisah kenduri kahwin kampung). Betul kata dia ... sekarang nie memang susah nak tengok gotong royong semasa kenduri kahwin.... yang banyak sekarang nie adalah katering.... Aku nie bukannya tak suka gunakan hikmat katering nie.. tapi dah banyak kali bila aku pergi majlis kenduri yang guna katering nie.... awal2 lagi makanan dah habis.. aku datang bukanlah nak makan sangat tapi hanya nak penuhi jemputan tuan rumah je. Dulu2 tu adalah jugak aku simpan perut utk makan kenduri kahwin nie... tapi sejak dah banyak kali terkena kelaparan... aku dah standby isi perut awal2... he..he..he.. Tapi, yang paling kesian ialah tuan rumah.... susah hati bila makanan tak cukup.... kira nasib badanlah... malu dgn tetamu tak payah cakap lah.... Tuhan je yang tahu..
Aku nak kongsi satu cerita.... kenangan aku pergi satu majlis kenduri baru2 nie.. kenduri kahwin kawan sekerja aku.. aku dan kawan2 yg lain tiba di rumah pengantin pukul 2.00 ptg... tak sempat nak tengok pengantin bersanding kerana terlewat datang... tetamu pun aku tengok dah berkurangan... Pelik lah jugak... akut kami datang pukul 2 ptg dah kira lewat sangat... selalunya ramai lagi tetamu pada waktu macam tu... rupa2nya baru lah kami tahu bahawa makanan dah habis.....patut lah tetamu cepat balik.... kelang kabut tuan rumah pergi kedai beli makanan lain... bising keluarga pengantin bila tukang katering tak sediakan makanan yang cukup seperti yang di janjikan... paling sedihnya.. bila katering tu blah macam tu je... tak bertanggungjawab langsung.. aku dan kawan2 yang lain dapat jugak lah makan tapi bukan lah nasi minyak akan tetapi makanan yang di bungkus di gerai makanan oleh tuan rumah... oleh kerana kami semua nie lapar... sampai bertambah2 lah kami makan... boleh di katakan makanan gerai tu lebih sedap dari nasi minyak yang sediakan oleh katering tu... lepas makan kami pun mintak diri kat tuan rumah.... Apa yang istimewa kat rumah kawan aku nie adalah selain dapat bunga telur, gula2,kueh bahulu... di dalam bag 'poncotnya' ada surah yasin..... yang tak penah aku dapat kat tempat lain....
dapat yassin?
ReplyDeletefuiyyo...
penat melayan kenduri kawin cuti-cuti sekolah.
ReplyDelete