EKIN BERCELOTEH
Monday, October 12, 2015
HUJUNG MINGGU
Cerita hari Ahad yang lalu. Pagi pergi minum kopi dengan kawan2 kerja sambil sembang biz... Tengah hari pula, pergi menebas di Kelab Darul Ehsan...
Saturday, October 10, 2015
Selera orang putih
Pagi2 lagi anak dara aku dah mintak pancake... Amboi... Dia punya selera dari baby hingga dah umur 5 tahun.. Selera orang putih.. Makan nak pancake.. Cabonara.. Spaghetti ... Pizza.. Kalau bagi makan pedas... Tak disentuh langsung.. Cili sos pun Sofiya kata pedas.. So, kat rumah memang kena sedia sos tomato untuk Sofiya..
Memandangkan si Sofiya nak makan pancake.. Mummy dia pun kena lah buat.. Lempeng orang putih tu.. Bukan lah pandai sangat... Tapi menjadi juga lah walaupun tak ada rupa.. Janji sofiya kata sedap..
Memandangkan si Sofiya nak makan pancake.. Mummy dia pun kena lah buat.. Lempeng orang putih tu.. Bukan lah pandai sangat... Tapi menjadi juga lah walaupun tak ada rupa.. Janji sofiya kata sedap..
Nasiblah ada kuali tak melekat ... Senang kerja aku....
Taaadaaa... Dah siap pancake utk sofiya.. Coklat Nutella + Honey...
Friday, October 9, 2015
Bila en suami belanja makan
Tiap-taip hari makan kat rumah.. Sekali sekala minta en suami belanja makan di luar apa salahnya kan... Bila en suami kata nak makan apa? Aku terus cakap nak makan western food... Maka bawak lah en suami ke Kpg Baru.. Kebiasaanya kami pergi di The Ship 'chop n steak' ... tapi kali ini en suami bawah di HR STEAK HOUSE.. Ramai betul pelangan kat kedai ini... Bila tengok menu pun.. Makanannya tak lah mahal sangat.. Dulu kawan2 kata kedai ini servisnya lambat.. Alhamdullilah.. Makanan dan minuman kami datang cepat.. Tak sampai 20 minit kami menunggu dah boleh makan... Anak dara aku makan chicken chop, aku dan en suami makan mix steak... Anak aku kata.. Sedapnya ayam ini.. Esok kita makan lagi ya daddy... Amboi... Dia ingat daddy dia baik hati sangat nak makan kat luar tiap2 hari.. Apa pun yang penting perut kenyang...
Tuesday, October 6, 2015
Dugaan jerebu
Kesiannya anak mummy.. Dia sikit mata. Minggu lepas mummy dia yang sakit mata.. Pada mulanya , sikin ingat sakit mata berpunca dari kanta lengkap . Selepas jumpa doctor , rupanya sebab allergic habuk .. 5 hari selepas sikin baik dari sakit mata, hari ini anak pula yang kena. Nasib baik ada 2 hari cuti sekolah.. Bawa sofiya jumpa doctor.. di Klinik ramai juga yg mengalami masalah yg sama sakit mata... Harap2 cepat lah jerebu berangsur pergi...
Beginilah mata sikin merah minggu lepas kesan dari jerebu..
Mata sofiya kelihatan sedikit merah di mata kiri.
Sunday, October 4, 2015
Bersenang - senang
Ada budak tu bersenang - senang di rumah.. Sian dia tak boleh keluar rumah sebab jerebu.. Kita duduk rumah je lah anak.. Rumah pun dah penuh kabus je nie..
Saturday, November 22, 2014
BILA HATI MULA HITAM
KAU YANG BERNAMA SESEORANG...
TIDAK PERNAH MENYESAL DENGAN BALA YANG MENIMPA..
TIDAK PERNAH KENAL ERTI SERIK..
TIDAK PERNAH TAHU APA ITU TAUBAT..
TIDAK TAKUT ATAS AZAB YANG MENANTI...
KAU YANG BERNAMA MANUSIA..
BILA KAH KAU AKAN BERUBAH..
BILA KAH KAU AKAN RASA INSAF..
BILA KAU AKAN KENAL APA ITU NERAKA..
BILA KAH KAU AKAN TAHU APA ITU SYURGA...
DAN PALING PENTING ,..
TIDAK KAH KAU TAKUT PADA ALLAH SWT YANG SATU...
KAU YANG BERNAMA KEKASIH..
TIDAK PERNAHKAH KAU KESIAN PADA ISTERI MU..
TIDAK KAH KENANG AKAN ANAKMU...
TIDAK KAH KASIH PADA IBU BAPAMU...
TIDAK KAH KAU SAYANG PADA KAWAN-KAWANMU..
KAU YANG KUCINTAI..
BERUBAHLAH SAYANG..
BERTAUBATLAH KEKASIHKU...
INGIN KU SEIRING KE SYURGA BERSAMAMU..
DI PINTU JANNAH KITA BERTEMU..
HANYA KAMU KEKASIH DIHATIKU....
SATU KU PINTA PADAMU...
TERANGI LAH ISLAM DALAM HATIMU..
KENAL LAH ISLAM DALAM HIDUP MATI MU
MENGALIR LAH ISLAM DALAM DARAH JASAD MU..
MOGA NUR SENTIASA DI HATI NURANIMU...
DOAKU SENTIASA UNTUKMU..
SELAGI NAFASKU TIDAK BERHENTI...
TIDAK PERNAH MENYESAL DENGAN BALA YANG MENIMPA..
TIDAK PERNAH KENAL ERTI SERIK..
TIDAK PERNAH TAHU APA ITU TAUBAT..
TIDAK TAKUT ATAS AZAB YANG MENANTI...
KAU YANG BERNAMA MANUSIA..
BILA KAH KAU AKAN BERUBAH..
BILA KAH KAU AKAN RASA INSAF..
BILA KAU AKAN KENAL APA ITU NERAKA..
BILA KAH KAU AKAN TAHU APA ITU SYURGA...
DAN PALING PENTING ,..
TIDAK KAH KAU TAKUT PADA ALLAH SWT YANG SATU...
KAU YANG BERNAMA KEKASIH..
TIDAK PERNAHKAH KAU KESIAN PADA ISTERI MU..
TIDAK KAH KENANG AKAN ANAKMU...
TIDAK KAH KASIH PADA IBU BAPAMU...
TIDAK KAH KAU SAYANG PADA KAWAN-KAWANMU..
KAU YANG KUCINTAI..
BERUBAHLAH SAYANG..
BERTAUBATLAH KEKASIHKU...
INGIN KU SEIRING KE SYURGA BERSAMAMU..
DI PINTU JANNAH KITA BERTEMU..
HANYA KAMU KEKASIH DIHATIKU....
SATU KU PINTA PADAMU...
TERANGI LAH ISLAM DALAM HATIMU..
KENAL LAH ISLAM DALAM HIDUP MATI MU
MENGALIR LAH ISLAM DALAM DARAH JASAD MU..
MOGA NUR SENTIASA DI HATI NURANIMU...
DOAKU SENTIASA UNTUKMU..
SELAGI NAFASKU TIDAK BERHENTI...
Thursday, October 31, 2013
Bila membayar bil di hujung jari
Salam Jumaat semua.. Sekejab je masa berlalu. Pejam celil.. pejam celik dah awal bulan.. ini bermakna dah 14 hari sikin berpantang selepas menjalani pembedahan .. Cadangnya nak mula kerja tapi doktor nasihat seruh rehat 21 hari dan mertua pula suruh rehat 30 hari . Kerja di office makin banyak menanti.. bil-bil pun banyak juga nak dibayar... pening-pening.. nasib baik lah sekarang nak bayar bil.. hanya buka internet dan boleh bayar bil.. yang tak seronoknya... sekelip mata je duit kat bank tu susut... hu..hu..hu.. tapi berbaloi lah dari nak beratur panjang kat kaunter kan... Alamak.. baru je nak tulis panjang lebar.. dah si kecil Sofiya tu buat perangai.. baju melayu untuk En Suami pun tak gosok lagi.. nanti-nanti kita sambung lagi..
Subscribe to:
Posts (Atom)













