EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Wednesday, January 19, 2011

Hari ini hari cuti...

Bergambar kenangan dengan pengantin


Antara kawan sekolah rendah yng hadir di majlis kenduri Leen

Sofiya bergaya di Pantai Nipah Pangkor


Bersama anak Mummy


Apa nak jadi dengan blog aku nie.. macam tak hidup.. aku pun satu.. bukan nak update blog.. sibuk menjadi alasan... Hari ini 20.01.2011 Khamis... cuti semperna Thaipusam.. nak keluar rumah takut jalan jam... rumah pula berdekatan dengan Batu Caves... nasib..nasib.. pagi tadi bercita-cita nak kemas rumah tapi sampai sekarang satu kerja pun tak usik lagi.. kanapa lah malas sangat nak kemas rumah hari ini... Anak aku Sofiya yang dah berusia 11 bulan telah aku hantar di rumah pengasuh... ingat kan bila Sofiya dah hantar di rumah pengasuh senang lah nak kemas rumah tampa di ganggu tapi lain pula jadinya... bila dah mula buka TV.... malas pun menjelma... tapi aku tekat lepas siapkan blog nie aku akan mula mengemas rumah..... he..he..he.. harap-harap semangat nie masih kukuh di hati...
Akhir tahun lepas dan tahun baru aku dan suami serta Sofiya bercuti ke Pangkor dan balik kampung di Perak.. Cuti-cuti Malaysia.. Rasa seronok sangat dapat bercuti bersama keluarga... Dah menjadi satu kemestian untuk aku dan suami untuk bercuti setiap tahun... bagus untuk tenangkan fikiran dan mengeratkan hubungan suami isteri... kadang kala kami akan bercuti dekat-dekat je.. ke air terjun Ulu Yam pun jadi lah untuk mengisi percutian di hujung minggu , yang penting kami akan ada aktiviti bersama keluarga... Aku sayang keluarga aku..
Pada bulan Feb hari tu, kawan sekolah rendah aku SKTCS iaitu Leen telah selamat di ijab kabulkan... apa yang paling aku gembira ada lah semasa menghadiri majlis kendurinya.. Aku dapat jumpa ramai kawan sekolah rendah yang lebih 18 tahun tak berjumpa.. Paling terharu ramai kawan yang masih mengenali aku.. Ye lah aku hanya sekolah rendah di sana tapi sekolah menengah di tempat lain... Lagi pun , masa sekolah rendah aku budak pendiam dah kurang menyerlah tapi siapa sangka rupanya ramai yang mengenali dan mengingati aku lagi... Ada yang kagum dengan kerjayaan aku sekarang... Meraka pun kelihatan cantik dan matang.. ada yang dah berkahwin dan ada yang masih solo.. Kawan- kawan... aku rindukan kamu semua... Paling aku rindu kawan ku Salmah
ok lah.. aku tamat kan celoteh aku untuk masa ini.. lain kali kita berjumpa lagi.. sekarang ini masa untuk mengemas rumah.... cayok..cayok....




Tuesday, November 9, 2010

Anakku Sofiya dah 8 bulan





Pejam celik.. pejam celik.. tak sangka dah berumur 8 bulan anakku Sofiya... sekarang dah makin bijak m'gacau Mummy dan Daddy dia... Happy dapat melihat pembesaran Sofiya.. sekarang Sofiya dah pandai nak imbang kan diri untuk belajar berdiri dan dia sedikit lewat tumbuh gigi.. Gigi bawah dah tumbuh dua batang.. habis semua benda nak di kokaknya... Sofiya... Sofiya... Mummy sayang Sofiya..

Sunday, May 30, 2010

KONSERT MELODI CINTA ROSSA



Dah lama juga aku tak keluar hiburkan hati dan senangkan diri sendiri sejak kelahiran Sofiya....

Syukur ada kenalan yang baik hati bagi aku tiket free ke Konsert Rossa di Bukit Jalil.. syok giler dan suara Rossa memang best... Rossa buat persembahan macam bidadari... tubuhnya lemah gemalai sambil menyayikan lagunya yang merdu dan lantang... Apa pun.... aku pergi coz dapat tiket free... itu yang penting... thanks Farah... Bagi tiket free kat kak sikin

Tuesday, March 16, 2010

PERMATA HATI KU.. NOREVELYNA SOFIYA

SOFIYA TIDUR DI BUAYAN
GENAB DIA 1 BULAN
SOFIYA TENGAH TIDUR LENA

HARI PERTAMA SOFIYA

Perkenalkan ini lah permata hati aku Norevelyna Sofiya Binti Mohamad Yazid.. Di lahirkan pada 12/2/2010 pukul 3.12 petang.. hari Jumaat.. di Hospital Selayang..

Wednesday, February 10, 2010

MENANTI HARI


HARI INI GENAB KANDUNGAN AKU 38 MINGGU... SEBENARNYA AKU DAH 2 KALI MASUK HOSPITAL SELAYANG KERANA MENGALAMI KONTRAKSI YANG KUAT.. TAPI BILA DAH BORING DI HOSPITAL ... BABY PUN TAK NAK KELUAR LAGI.. AKU MINTA IZIN DOKTOR UNTUK BALIK RUMAH...
SEKARANG NIE AKU LEPAK KAT RUMAH JE.. CADANG NAK PERGI OFFICE TAPI HUBBY TAK IZIN.. SO, DENGAN PENUH BOSAN AKU DUDUK JE LAH KAT RUMAH..
PERUT AKU SEKARANG NIE ASYIK MENGERAS JE... AKU KERAP KE TANDAS.. ASYIK TERKENCING JE.. BUANG AIR BESAR PUN BANYAK KALI... BABY ASYIK TENDANG2 .. RASA TERUJA MENANTI KELAHIRAN BABY MEMANG MENGUNUNG TINGGI.. SAMPAI SEKARANG AKU TAK TAK TAHU JANTINA BABY AKU.. TIAP2 BULAN SCAN TAPI TAK NAMPAK.. SAJA BABY NAK BUAT KEJUTAN UNTUK MUMMY DAN DADDY DIA..
KAWAN2 PULA SENTIASA HANTAR SMS DAN CALL TANYA DAH BERSALIN KE BELUM.. NAMPAKNYA MEREKA LEBIH TAK SABAR TGGU KELAHIRAN PERMATA HATI AKU YG PERTAMA INI.. BUAT KALIAN SEMUA.. DOAKAN AKU SELAMAT MELAHIRKAN BERSALIN....

Tuesday, November 24, 2009

SEMUT DAN LEBAH


MINGGU NIE BOLEH DI KATAKAN AKU KURANG TUMPUAAN PADA KERJA AKU.. UNTUK TINGKATKAN SEMANGAT AKU SEMULA.. AKU HADIR KAN DIRI KE KELAS HARI INI.. PALING UNTUNG HARI INI... BIG BOS AKU PUAN SITI ZAINAB YANG BUAT KELAS... DALAM BANYAK 2 AJARAN YANG DI AJAR.. AKU TERTARIK DENGAN KATANYA YANG SATU INI....

"UNTUK BERJAYA DAN MAJU... KITA HARUS TEMPUHI BANYAK CABARAN DAN DUGAAN.. BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH... ORANG YANG MALAS AKAN MENCARI SEMUT YANG SENANG DIPEROLEHI..... DEPAN MATA PUN BOLEH JUMPA SEMUT..... TETAPI ORANG YANG BETUL2 NAK MENJADI BERJAYA... MEREKA AKAN MENCARI SARANG LABAH DAN MENDAPATKAN MADUNYA YANG MAHAL WALAU PUN BANYAK CABARAN DAN DUGAAN UNTUK MENDAPAT MADU LEBAH..."

TERFIKIR AKU SEKETIKA... AKU SEKARANG NIE.. MENCARI SEMUT ATAU MADU LEBAH....? KORANG FAHAM KE APA YANG AKU TULIS NIE.... KALAU TAK FAHAM.. BUAT2 FAHAM JE LAH...

Monday, November 23, 2009

SAKIT KEPALA

ADUHHHHH...Sakitnya kepala aku. Minggu nie dah saban hari sakit kepala menyerangi aku. Pernah satu hari aku terpaksa dibawa ke klinik berdekatan dirumah aku. Dah makan ubat tapi berkesannya hanya seketika. Rupa-rupanya baru aku tahu kenapa aku sakit kepala. Jawapannya kerana aku kurang tidur. Doktor juga kata bila kandungan aku mencecah 7 bulan, sakit kepala sering terjadi. Mungkin ini lah yang tengah aku lalui. Bersabar dan jalani hidup dengan sihat. Amin...