EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Saturday, April 8, 2017

Assalammualaikum....

Apa khabar semua... Lama tak kunjung di sini... Apa aktiviti hari ini??? Sikin nak temankan anak ke sekolah.. Ada latihan taekwondo...

Wednesday, November 2, 2016

En Haiman & Cik Wardah


Alhamdullilah... yang ditunggu2 dah sampai.. tak sabar nak baca.. 
Teruja bila dapat tanda tanggan penulis dan hadiah dari penulis... 
Tq AQ.. 

Memandangkan sikin pun tak baca novel ini lagi.. so sikin kongsi bayang2 cerita ini ya...

TAJUK: MIMPI YANG SEMPURNA
PENULIS: AIZA QRISELDA (AQ)
HARGA : RM 28.00(SM) / RM 31.00(SS)



Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi... akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.

Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda... Gadis... Beza umur 14 tahun.

Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila.

‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ - Wardah

Tapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa sakit? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu.

“…you left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???” - Wardah

“I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” - Haiman

Sungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal.

“Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.” - Haiman

Lalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy...



Tuesday, November 1, 2016

Buah pelam oh buah pelam


Tu dia... sebakul buah mangga macam2 bentuk... pak mertua bagi... baru je teringin nak makan.. dah Allah makbulkan ... Alhamdullilah.. tq pak mertua.. dok sakit kaki pun.. gagah jugak kaitkan mangga utk menantu nie... he..he..he.. 
# kadang2 sayang tak perlu di ucap.. tapi boleh dilihat dari perbuatan.. 

Friday, October 28, 2016

CWA FINAL SPRINT 2016

25. 10. 2016
CWA FINAL SPRINT
2016
Bersama Elite Group Consultant..50 days to go for Tokyo Prague Budapest.. Lets go for it

#FinalSprint #2016 #WealthAdvisors #KonsultanKewangan #BestofTheBest #CWA 
#AgencySupervisor #0126873202







 





Friday, October 21, 2016

Q DONUTS




Alhamdullilah pada 14.10.2016 akhirnya dapat juga makan Q Donuts..Memang sedap dan gebu gebas.. Donuts nya besar sgt.. Murah je.. Rm3.50 sahaja... Kalau nak beli memang kena buat tempahan.... Sesiapa yg berminat ingin buat tempahan bolehlah hubungi Encik Kamal Mat Salim...  Kedainya di Jalan Bangsar...  No tel 013 4451173


Wednesday, October 19, 2016

Hidup adalah anugerah



Janganlah engkau menghitung daun-daun yang berguguran di taman, namun hitunglah bunga-bunga yang indah bermekaran setiap pagi.

Janganlah engkau hitung-hitung harimu dengan air mata yang menitis di pipi, namun hitunglah senyuman-senyuman yang terlukis di wajahmu.

Janganlah engkau menjalani hari dengan menghitung ujian-ujian yang engkau alami, namun hiduplah dengan berkah dan anugerah yang sudah engkau terima dari Tuhan dalam hidupmu.

Wahai diri, belajarlah bersyukur atas apa yang engkau miliki sekarang.

Hiburkanlah Hatimu dengan mengatakan
'Hidup adalah anugerah terindah yang aku miliki.'

Dari hati sorang sahabat kepada sahabat
Noorlee

Tuesday, October 18, 2016

aA+bB

Dah lama tak baca novel.... Sebenarnya tak sempat pun nak baca... Bila dah boring... Terpegang juga lah buku lama nie... Antara buku kesukaan...
Setiap buku pasti ada pengisiannya... Antara sedar atau tidak... Dalam hati tengah kelam.. Ditemukan ayat yang berpuluh kali baca.. Tapi baru tersedar isinya... Tq Hlovate..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan: "kami telah beriman " sedangkan mereka tidak diuji lagi? ( Al-Ankabut:2 ) 

Pinjamkan kami kekuatan Mu ya Allah sesungguhnya kami lemah untuk menghadapi ujian Mu , kurniakan kami petunjuk Mu sesungguhnya kami jahil. 

Sunday, October 16, 2016

Sunyi

Hati ingin berbicara
Tapi tak terluah
Mulut ingin berkata
Tapi tak bersuara
Akhirnya....
Sepi...
Biarkan saja...
Sunyi...
Allah saja yang tahu...

Sunday, November 1, 2015

Dari Dapur Bonda

Balik kampong .. Apa lagi.. Macam - macam lah nak makan... Pergi pasar beli bahan2.. Lepas itu.. Mak masak... Kita makan tak sedar diri...

                                                             Pucuk paku goreng cili


Ketam lemak cili padi

Rendang Ayam

Friday, October 30, 2015

Senyap seketika...

Assalammualaikum semua....
Rindunya kat semua... Lama juga sikin tak buka blog .. Masa memang mencemburui kita. Sikin sibuk nak kejar target kerja dan date line .. Alhamdullilah dapat juga nak kejar target sales sikin... Dalam masa yang sama , sikin pun tak sihat sangat. Demam dan selsema sampai hidung tersumbat tahap gaban.. Selera makan pun tak ada.. 2 minggu tak ada selera tapi kelakarnya hanya 300 gram je berat badan turun... Nampak sangat yang metabolisma dah kurang... Masa kena hidung tersumbat tu , sikin makan lah sejenis ubat bernama Fedac... Allah hu Akbar .... Kuat nya ubat itu sampai sikin tidur tak boleh nak buka mata.. Memang bahaya betul kalau termakan ketika memandu..

Ini lah sejenis ubat yg power giler utk hilang hidung tersumbat..
Pesanan penaja.. Makan ubat ini masa nak tidur sahaja.. 

Alhamdullilah.. Lepas makan ubat dan rehat beberapa hari , sikin sihat waalfiat dan boleh kerja semula... 

Thursday, October 15, 2015

Pening Tol Naik..

Aku sebagai kerja consultant nie... 98% kerja aku banyak jumpa client dan jalan2 bawak kereta.. Hemmmmm... Memang dah tahu tol akan naik.. Tapi aku tak lah check berapa kenaikkannya. Hari ini, bila pergi kerja.. Lalu lah di beberapa tol.. Antaranya tol Duke, Sprint damansara dan Akleh .. Wow.... Ada antaranya naik 100%.., tiba2  rasa nak demam pulak... Balik rumah terus Google kadar tol yang naik... Nampak sangat aku ni tak ikut perkembangan semasa...




Lepas nie... Kenalah tambah top up TNG lebih dan cari jalan yg tak perlu bayar tol...  Kerja pun kena lebih usaha lagi... Naik cari duit lebih bayar tol dan minyak serta parking.... Nak merungut pun tak guna.. Redho je lah... Cepat lah MRT siap...

Tuesday, October 13, 2015

SALAM MAAL HIJRAH 1437H

Sekejab je masa berlalu.. Dah tahun baru.. Kepada semua kawan2... Sikin ucapkan 
Salam Maal Hijrah... 1437h buat semua.. Semoga tahun baru ini memberi segala rahmat 
dan kejayaan baru kepada kita semua..
Kita bahagia bersama insan tersayang.. Kita mencapai cita2 dan impian yang kita hajati..
 Aminn.. 

Anak ku Sofiya tanya... kenapa esok cuti sekolah... Mummy pun jawablah....Sebab esok 
Tahun Baru...  Esok kan 1 Muharram... Lepas itu.. Sofiya tiba2 nyayi lagu 1 Muharram...
Walaupun lagu yang dia nyanyikan itu lintang pukang.. Tapi... Hati mummy dia tetap berbunga.. 
Sekurang kurangnya Sofiya tahu juga sedikit pergertian Awal Muharram... Dalam lagu pun ada
 penceritaan.. Senang sikit kanak2 nak faham... 



Lagu Tema Maal Hijrah

lirik 1 Muharram :

Satu Muharram Detik Permulaan
Perkiraan Tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari Kota Makkah ke Kota Madinah

Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu
Rela Berkorban Harta dan Nyawa
Demi Menegakkan Islam Tercinta

Hijrah Itu Pengorbanan
Hijrah Itu Perjuangan
Hijrah Itu Persaudaraan
Hijrah Membentuk Perpaduan

Oleh Itu Mari Semua
Kita Sambut Maal Hijrah
Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam
Untuk Sepanjang Zaman 





Monday, October 12, 2015

HUJUNG MINGGU

Cerita hari Ahad yang lalu. Pagi pergi minum kopi dengan kawan2 kerja sambil sembang biz... Tengah hari pula, pergi menebas di Kelab Darul Ehsan...







Saturday, October 10, 2015

Selera orang putih

Pagi2 lagi anak dara aku dah mintak pancake... Amboi... Dia punya selera dari baby hingga dah umur 5 tahun.. Selera orang putih.. Makan nak pancake.. Cabonara.. Spaghetti ... Pizza.. Kalau bagi makan pedas... Tak disentuh langsung.. Cili sos pun Sofiya kata pedas.. So, kat rumah memang kena sedia sos tomato untuk Sofiya..

Memandangkan si Sofiya nak makan pancake.. Mummy dia pun kena lah buat.. Lempeng orang putih tu.. Bukan lah pandai sangat... Tapi menjadi juga lah walaupun tak ada rupa.. Janji sofiya kata sedap..



Nasiblah ada kuali tak melekat ... Senang kerja aku....


Taaadaaa... Dah siap pancake utk sofiya.. Coklat Nutella + Honey... 

Friday, October 9, 2015

Bila en suami belanja makan




Tiap-taip hari makan kat rumah.. Sekali sekala minta en suami belanja makan di luar apa salahnya kan... Bila en suami kata nak makan apa? Aku terus cakap nak makan western food... Maka bawak lah en suami ke Kpg Baru.. Kebiasaanya kami pergi di The Ship 'chop n steak' ... tapi kali ini en suami bawah di HR STEAK HOUSE.. Ramai betul pelangan kat kedai ini... Bila tengok menu pun.. Makanannya tak lah mahal sangat.. Dulu kawan2 kata kedai ini servisnya lambat.. Alhamdullilah.. Makanan dan minuman kami datang cepat.. Tak sampai 20 minit kami menunggu dah boleh makan... Anak dara aku makan chicken chop, aku dan en suami makan mix steak... Anak aku kata.. Sedapnya ayam ini.. Esok kita makan lagi ya daddy... Amboi... Dia ingat daddy dia baik hati sangat nak makan kat luar tiap2 hari.. Apa pun yang penting perut kenyang... 










Tuesday, October 6, 2015

Dugaan jerebu

Kesiannya anak mummy.. Dia sikit mata. Minggu lepas mummy dia yang sakit mata.. Pada mulanya ,  sikin ingat sakit mata berpunca dari kanta lengkap . Selepas jumpa doctor , rupanya sebab allergic habuk .. 5 hari selepas sikin baik dari sakit mata, hari ini anak pula yang kena. Nasib baik ada 2 hari  cuti sekolah.. Bawa sofiya jumpa doctor.. di Klinik ramai juga yg mengalami masalah yg sama sakit mata... Harap2 cepat lah jerebu berangsur pergi...


Beginilah mata sikin merah minggu lepas kesan dari jerebu.. 


Mata sofiya kelihatan sedikit merah di mata kiri.










Sunday, October 4, 2015

Bersenang - senang

Ada budak tu bersenang - senang di rumah.. Sian dia tak boleh keluar rumah sebab jerebu.. Kita duduk rumah je lah anak.. Rumah pun dah penuh kabus je nie..

Saturday, November 22, 2014

BILA HATI MULA HITAM

KAU YANG BERNAMA SESEORANG...
TIDAK PERNAH MENYESAL DENGAN BALA YANG MENIMPA..
TIDAK PERNAH KENAL ERTI SERIK..
TIDAK PERNAH TAHU APA ITU TAUBAT..
TIDAK TAKUT ATAS AZAB YANG MENANTI...

KAU YANG BERNAMA MANUSIA..
BILA KAH KAU AKAN BERUBAH..
BILA KAH KAU AKAN RASA INSAF..
BILA KAU AKAN KENAL APA ITU NERAKA..
BILA KAH KAU AKAN TAHU APA ITU SYURGA...
DAN PALING PENTING ,..
TIDAK KAH KAU TAKUT PADA ALLAH SWT YANG SATU...

KAU YANG BERNAMA KEKASIH..
TIDAK PERNAHKAH KAU KESIAN PADA ISTERI MU..
TIDAK KAH KENANG AKAN ANAKMU...
TIDAK KAH KASIH PADA IBU BAPAMU...
TIDAK KAH KAU SAYANG PADA KAWAN-KAWANMU..

KAU YANG KUCINTAI..
BERUBAHLAH SAYANG..
BERTAUBATLAH KEKASIHKU...
INGIN KU SEIRING KE SYURGA BERSAMAMU..
DI PINTU JANNAH KITA BERTEMU..
HANYA KAMU KEKASIH DIHATIKU....
SATU KU PINTA PADAMU...
TERANGI  LAH ISLAM DALAM HATIMU..
KENAL LAH ISLAM DALAM HIDUP MATI MU
MENGALIR LAH ISLAM DALAM DARAH JASAD MU..
MOGA NUR SENTIASA DI HATI NURANIMU...
DOAKU SENTIASA UNTUKMU..
SELAGI NAFASKU TIDAK BERHENTI...