EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Thursday, October 24, 2013

I LOVE YOU MR ARROGANT ~ ALIESHA KIRANA





Dah duduk kat rumah .. kita layan tv je lah siang malam.. pukul 7 malam .. TV3.. Dari hari Isnin hingga Jumaat jom kita layan  I LOVE YOU MR ARROGANT..... seperti biasa.. sebuah drama yang dicelop dari karya novel ALIESHA KIRANA..

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya. Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...





Tuesday, October 22, 2013

CUTI - CUTI DI RUMAH

Hari ini dah nak masuk 6 hari duduk kat rumah berpantang. Jumaat lepas Sikin dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengalami sakit rahim. Bila doktor dah selidik punya selidik rupanya Sikin mengalami kandungan luar rahim... terus doktor kata Sikin perlu dibedah dengan segera... Pada mulanya ingat doktor nak buat DNC tapi disebabkan kandungan itu luar rahim terpaksalah doktor kena tembok perut Sikin... Alhamdullilah sekarang dah makin pulih. Sakit makin berkurang tapi masih kena berehat lama sikit. Rindu nak kerja...

Friday, July 5, 2013

KAMPUNG GIRL

Tamat sudah drama SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA hari ini. Selepas ini kita layan cerita KAMPUNG GIRL pula...

Sinopsis Kampung Girl.
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!”
- Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?”
-Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.

“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.

Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?








Friday, April 26, 2013

GAIL SOPHICHA ~ GWIYOMI COMEL

Dalam ramai orang tengah demam Gwiyomi yang entah apa-apa tu.. sampaikan anak aku Sofiya pun dah pandai ikut dan hafal tarian tangan Gwiyomi tu.. maka aku pun carilah juga dalam you tube.. apa lah Gwiyomi tu.. dalam melihat beberapa video yang "mereka perasan comel"... maka aku terjumpalah si budak kecil yang betul2 comel .. Gail Sophicha.. tak sure berapa tahun .. mungkin 6 tahun ke atas kot.. pada mulanya , aku ingat budak nie orang korea.. tapi rupa-rupanya orang Thailand.. itu pun setelah aku terperasan persembahan budak tu di Thailand's Got Talent S2 



                                                        saksikan aksi ci comel ini...

Wednesday, April 10, 2013

CWA PREMIER AWARDS NIGHT 2013

 
 
SEMALAM 09.04.2013 ADALAH HARI CWA PREMIER AWARDS NIGHT 2013 ..  AKU KESANA BAGI MERAIKAN DAN MEMBERI SOKONGAN KEPADA SEMUA KAWAN - KAWAN SEKERJA DI ATAS KEJAYAAN MEREKA..
INI DI ANTARA GAMBAR-GAMBAR KENANGAN SEMALAM..
                                                   POSING SELEPAS DI MAKE UP

BERSAMA GAM NORA DAN DR SITI ZAINAB ( DR BOCHI)
 
POSING2 DENGAN GAM KAK JUNE
 
RAKAN SEKERJA NORLI
 
BANYAK LAGI GAMBAR TAPI TAK SEMPAT NAK LETAK YA... YANG PASTI AKU TERHIBUR DISANA... HE..HE..HE..

Sunday, March 24, 2013

MALANG TAK BERBAU




Malang tak berbau sungguh.. hari Sabtu 23.3.13 En Hubby terlangar kereta seseorang berdekatan Jalan Perkeliling KL.. jalan jem... nasib baik kereta yang dia langgar tu tak ada apa2.. sikit calar pun tidak.. al maklumlah kereta mahal.. (volkswagen suv).. maka tiadalah laporan polis yang dilakukan.. kereta dah pun di hantar ke bengkel... kita repair lah apa yang patut... kereta je yang tercedera.. manusia semua selamat.. Alhamdullilah...

Wednesday, March 20, 2013

SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! ~ ZURA ASYFAR DI SLOT ZEHRA

 
Tak lama lagi akan bersiaranlah SEBENARNYA SAYA ISTERI DIA! di tv3 slot ZEHRA ... dan watak utamanya di lakonkan oleh Tiz Zaqyah ( Syafa Aqira) & Izzue Islam ( Firash Arshad) ..
tak sabar nak tunggu tayangannya pada hujung bulan ini.. sama2 kita saksikan sama ada cerita ini akan meletop seperti Adam Dan Hawa tak?
Kepada sesiapa yang tak baca buku nie lagi.. sikin nasihatkan cepat2 beli dan baca.. takut nanti buku nie akan habis di pasaran..  sikin boleh katakan buku nie 5 bintang.. dan tak jemu- jemu membacanya..harap drama di tv akan semenarik seperti cerita di buku .. selamat membaca  dan selamat menonton..
 
 
DARI BELAKANG KULIT BUKU: 
 Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.
"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.
"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad
Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Seronok melayan kisah perkahwinan yang tak dirancang. Bersuamikan seorang lelaki yang muda 4 tahun tapi kematangan terselah dilakarkan oleh penulis Zura Asyfar.. Sebuah cerita yang tak membosankan... selamat membaca...