EKIN BERCELOTEH

EKIN BERCELOTEH

Wednesday, November 2, 2016

En Haiman & Cik Wardah


Alhamdullilah... yang ditunggu2 dah sampai.. tak sabar nak baca.. 
Teruja bila dapat tanda tanggan penulis dan hadiah dari penulis... 
Tq AQ.. 

Memandangkan sikin pun tak baca novel ini lagi.. so sikin kongsi bayang2 cerita ini ya...

TAJUK: MIMPI YANG SEMPURNA
PENULIS: AIZA QRISELDA (AQ)
HARGA : RM 28.00(SM) / RM 31.00(SS)



Dia bukan putera raja impian. Juga bukan jenis Prince Charming idaman semua. Malah, bukan calon untuk dijadikan suami. Pendek kata, dia bukan pilihan akal. Tapi... akal kata jangan, hati tetap teruja. Akal kata tak usah, hati kata tak apa. Bila akal mahu menyebelahi rasa, hati pula ingatkan jangan main api bara. Hakikatnya, soal hati sukar ditelah. Lalu dibiarlah takdir menentukan hala mereka.

Mohd. Haiman dan Wardah Umayra. Duda... Gadis... Beza umur 14 tahun.

Mendapat bos yang sukar untuk dikawal bukanlah satu perkara yang mudah. Namun bagi Wardah, lelaki yang bernama Haiman itu juga harus tahu yang dirinya bukanlah semudah yang disangka. Lalu dia menjalankan misi gila.

‘Huh, tak nak mengaku aku ni assistant kau ya? Kau tunggu, lepas setahun aku akan pastikan yang kau tak nak lepaskan aku sebagai assistant kau!’ - Wardah

Tapi Wardah lupa, percaturan Allah tiada siapa yang tahu. Bila saat itu tiba, kenapa dia perlu rasa sakit? Bertahun-tahun dia cuba melupakan dan pada saat dia percaya diri pulih sepenuhnya, dia bertemu semula dengan lelaki itu.

“…you left that day without a word! Now you’re standing in front of me with this burden and what do you expect me to do???” - Wardah

“I didn’t mean to hurt you, Wardah. I was trying so hard not to ruin your life all this while but fate brought us here.” - Haiman

Sungguh dia tersepit antara kehendak hati dan akal.

“Sekali aje, Wardah. Sekali you sambut hujung jari I ni, sampai mati I ada untuk lindungi you.” - Haiman

Lalu di mana pengakhirannya kisah mereka? Fighting with someone attached to your heart for many years, is never been easy...



Tuesday, November 1, 2016

Buah pelam oh buah pelam


Tu dia... sebakul buah mangga macam2 bentuk... pak mertua bagi... baru je teringin nak makan.. dah Allah makbulkan ... Alhamdullilah.. tq pak mertua.. dok sakit kaki pun.. gagah jugak kaitkan mangga utk menantu nie... he..he..he.. 
# kadang2 sayang tak perlu di ucap.. tapi boleh dilihat dari perbuatan.. 

Friday, October 28, 2016

CWA FINAL SPRINT 2016

25. 10. 2016
CWA FINAL SPRINT
2016
Bersama Elite Group Consultant..50 days to go for Tokyo Prague Budapest.. Lets go for it

#FinalSprint #2016 #WealthAdvisors #KonsultanKewangan #BestofTheBest #CWA 
#AgencySupervisor #0126873202







 





Friday, October 21, 2016

Q DONUTS




Alhamdullilah pada 14.10.2016 akhirnya dapat juga makan Q Donuts..Memang sedap dan gebu gebas.. Donuts nya besar sgt.. Murah je.. Rm3.50 sahaja... Kalau nak beli memang kena buat tempahan.... Sesiapa yg berminat ingin buat tempahan bolehlah hubungi Encik Kamal Mat Salim...  Kedainya di Jalan Bangsar...  No tel 013 4451173


Wednesday, October 19, 2016

Hidup adalah anugerah



Janganlah engkau menghitung daun-daun yang berguguran di taman, namun hitunglah bunga-bunga yang indah bermekaran setiap pagi.

Janganlah engkau hitung-hitung harimu dengan air mata yang menitis di pipi, namun hitunglah senyuman-senyuman yang terlukis di wajahmu.

Janganlah engkau menjalani hari dengan menghitung ujian-ujian yang engkau alami, namun hiduplah dengan berkah dan anugerah yang sudah engkau terima dari Tuhan dalam hidupmu.

Wahai diri, belajarlah bersyukur atas apa yang engkau miliki sekarang.

Hiburkanlah Hatimu dengan mengatakan
'Hidup adalah anugerah terindah yang aku miliki.'

Dari hati sorang sahabat kepada sahabat
Noorlee

Tuesday, October 18, 2016

aA+bB

Dah lama tak baca novel.... Sebenarnya tak sempat pun nak baca... Bila dah boring... Terpegang juga lah buku lama nie... Antara buku kesukaan...
Setiap buku pasti ada pengisiannya... Antara sedar atau tidak... Dalam hati tengah kelam.. Ditemukan ayat yang berpuluh kali baca.. Tapi baru tersedar isinya... Tq Hlovate..

Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan ( saja ) mengatakan: "kami telah beriman " sedangkan mereka tidak diuji lagi? ( Al-Ankabut:2 ) 

Pinjamkan kami kekuatan Mu ya Allah sesungguhnya kami lemah untuk menghadapi ujian Mu , kurniakan kami petunjuk Mu sesungguhnya kami jahil. 

Sunday, October 16, 2016

Sunyi

Hati ingin berbicara
Tapi tak terluah
Mulut ingin berkata
Tapi tak bersuara
Akhirnya....
Sepi...
Biarkan saja...
Sunyi...
Allah saja yang tahu...